Semua Murid Layak Terima Bantuan Awal Persekolahan 2022 RM 150 Seorang

 

Semua Murid Layak Terima Bantuan Awal Persekolahan 2022 RM 150 Seorang

Bajet 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada petang Jumaat 8 Oktober 2022 lepas.

Topik kali ini adalah mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 yang terdapat perubahan mengenai syarat kelayakan.

Menurut Tengku Zafrul, untuk BAP 2023 semua pelajar layak terima bantuan RM 150 tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Jika kita bandingkan dengan BAP 2022 lepas, hanya pelajar yang ibu bapanya berpendapatan bulanan di bawah RM 3,000 sahaja layak untuk terima bantuan.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan bermula pada tahun 2012 untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa terutamanya pada awal musim persekolahan.

Pemberian bantuan ini adalah terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan.

KADAR BAYARAN BANTUAN

Bermula 2022, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dibayar one-off berjumlah RM150 bagi setiap murid. Bagi tahun 2023, jumlah bayaran adalah tidak berubah iaitu masih kekal RM 150.

Berbanding BAP 2021 dan tahun-tahun sebelumnya dimana jumlah bantuan hanyalah RM 100 sahaja. Oleh itu, jika anda memiliki tiga orang anak maka mereka layak terima RM 450.

BAJET BAP 2023

Peruntukan disediakan untuk BAP adalah membabitkan RM 825 juta, jauh melebihi tahun ini RM 450 juta.

SYARAT KELAYAKAN

Kini bagi BAP 2023, bantuan diberikan TANPA MENGIRA had pendapatan ibu bapa. Oleh hal demikian, kesemua murid layak terima bantuan sekiranya
  • murid tersebulah adalah warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta

KAEDAH BAYARAN

Pembayaran akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu 

1. Secara Tunai
  • Diberikan melalui sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan untuk para ibu bapa hadir untuk terima bantuan
2. Secara Kredit
  • Dikreditkan bantuan kepada murid/ibu bapa yang mempunyai akaun bank. 
Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah akan membuat pembayaran secara tunai.

Sumber : Kerjasemasa.com

Post a Comment

Previous Post Next Post