TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Jangkaan Tarikh Bayaran Bagi BKM Fasa 3



Jangkaan tarikh bayaran bagi BKM Fasa 3. Pada September ini, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kembali diteruskan bagi fasa 3. Sudah tentu, perkara ini sangat menggemberikan para penerima BKM.

JUMLAH BANTUAN TERKINI BKM FASA 3 

Berikut adalah kadar bayaran mengikut jenis kategori penerima :

1) Kategori Isi Rumah - Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

a) Pendapatan RM 0 - RM 2,500
  • 0 anak - RM 200
  • 1-2 anak - RM 300
  • 3 dan lebih anak - RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 - RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah - Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

a) Pendapatan RM 0 - RM 2,500
  • 0 anak - RM 500
  • 1-2 anak - RM 600
  • 3 dan lebih anak - RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 - RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas - Kesemua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak - Tiada had umur

a) Pendapatan RM 0 - RM 2,500
  • 1-2 anak - RM 800
  • 3 anak dan lebih - RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 - RM 5,00
  • 1-3 anak dan lebih - Kesemua terima RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak - Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • RM 150
5) Bujang dan IBT tiada anak - pemohon 60 tahun dan ke atas
  • RM 150

JANGKAAN TARIKH BAYARAN BKM FASA 3 

Terdahulu, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 dan 2 telah dikreditkan pada penghujung Mac dan Jun.

Walau bagaimanapun, pembayaran bagi fasa 3 belum diumumkan setakat ini. Pelbagai jangkaan telah dibuat sehingga ada pihak yang memperkatakan bahawa pembayaran BKM Fasa 3 mula dikreditkan pada 1 September. Untuk pengetahuan anda, perkara tersebut adalah TIDAK BENAR. 

Pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh bayaran rasmi BKM Fasa 3 ini. Oleh itu, tidak perlulah kita menghebah-hebahkan perkara yang kurang pasti atau 'clickbait' kepada orang awam.

Manakala, jangkaan tarikh bayaran bagi BKM Fasa 3 adalah pada penghujung September sama seperti pembayaran fasa 1 dan 2 lepas.

CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status :
  1. Log masuk ke portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau apa-apa maklumat lain yang diperluakan anda boleh layari portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

Post a Comment

0 Comments