TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

TERKINI: Bantuan Kewangan RM 8,000 kepada penerima BKM

 


Terdapat sebuah bantuan kewangan berjumlah RM 8,000 yang boleh anda dapatkan pada bulan Jun ini. Bantuan tersebut adalah secara automatik TERUTAMA kepada penerima BKM tanpa perlu membuat apa-apa permohonan.

BANTUAN MYSALAM

MySalam merupakan satu inisiatif takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah iaitu B40 menerusi Dana Amanah MySalam.

Perlindungan ini adalah untuk membantu dan memudahkan kehidupan rakyat yang layak untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan kekangan kewangan dengan penyakit yang dihidap.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang diberikan menerusi program MySalam adalah 
  • menerima bayaran RM 8,000 one-off atau
  • menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari maksimum dalam setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 setahun

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM

  • Individu dan pasangan berumur 18 sehingga 65 tahun
  • Individu dan pasangan berumur antara 40 hingga 65 tahun dan pendapatan tahunan RM 24,000 dan ke bawah
  • Individu Orang Kurang Upaya (OKU) berumur antara 18 hingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan RM 24,000 dan ke bawah

CARA TEBUS MYSALAM

Memandangkan MySalam adalah bantuan secara automatik, ia bermaksud anda hanya perlu menyemak sama ada anda layak atau tidak sahaja.
  • Penerima BKM/BPR/BSH khususnya B40 akan layak secara automatik dan akan terus dimasukkan ke sistem MySalam
  • Untuk semakan kelayakan, anda boleh terus rujuk ke portal rasmi MySalam dengan hanya memasukkan nombor Kad Pengenalan https://www.mysalam.com.my/b40/info/
Kesemua penerima yang layak dimaklumkan melalui sistem SMS. Sekiranya anda layak tetap tidak mendapat pemakluman melalui SMS anda boleh ajukan masalah ini melalui
  • e-mel rasmi - info@mysalam.com.my atau 
  • talian hotline - 1-300-888-938

SENARAI PENYAKIT

Untuk pengetahuan anda, anda berhak untuk menerima bantuan MySalam sekiranya anda didiagnosis 1 daripada 45 penyakit yang terkandung dalam MySalam. Ini adalah sebilangan penyakit yang akan MySalam 'cover'
  • Alzheimer
  • Pembedahan otak
  • Koma
  • AIDS Gejala Penuh
  • Angin Ahmar / Strok
  • HIV
  • Jangkitan HIV
  • Kanser
  • Serangan jantung 
  • dan lain-lain

TARIKH PEMBAYARAN

Sekiranya anda lulus untuk menerima MySalam, bayaran akan terus dikreditkan dalam masa beberapa hari. Oleh itu, anda boleh menerima bantuan tersebut pada Ogos ini.

Post a Comment

0 Comments