TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Program Insentif RM 700 Yang Rakyat Boleh Dapat Secara Automatik

 

Program Insentif RM 700 Yang Rakyat Boleh Dapat Secara Automatik

Bantuan Kewangan Kerajaan: Program Insentif RM 700 Yang Rakyat Boleh Dapat Secara Automatik.

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui kerajaan pusat atau negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Antaranya termasuklah bantuan kewangan kepada golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ia adalah melalui sebuah skim yang memberikan bantuan kewangan RM 700 kepada mereka dari kategori berkenaan.

Melalui insiatif program ini, tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah atau B40 mengatasi masalah melibatkan kewangan yang disebabkan oleh penyakit kronik.

Apakah itu MySalam ?

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim perlindungan takaful kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat melalui Tabung Amanah MySalam.

BANTUAN RM 700 SETAHUN

Melalui Skim Perlindungan Masyarakat MySalam, pihak kerajaan telah memperkenalkan perlindungan percuma kesihatan takaful kepada 6.8 juta rakyat Malaysia.

Ia adalah pendapatan elaun gantian hospitalisasi harian sebanyak RM 50 maksimum 14 hari bersamaan RM 700 setahun. 

SYARAT KELAYAKAN

Penerima MySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.

Manakala, syarat lainnya adalah
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun serta berpendapatan kurang RM 24,000 setahun
  • Individu OKU berumur 18 tahun hingga 65 tahun serta berpendapatan kurang RM 24,000 setahun

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

  1. Layari portal rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS atau kata laluan terkini
  2. Klik ikon TUNTUTAN, kemudian ikon PENGHANTARAN TUNTUTAN. Skrol ke bawah laman dan klik ikon TUNTUTAN HOSPITALISASI
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang MUAT NAIK untuk muat naik salinan nota discaj dan salinan dokumen pengenalan. 
  4. Klik butang HANTAR untuk proses tuntutan

SEMAK KELAYAKAN

Semakan kelayakan telah dibuka kepada individu yang ingin membuat semakan. Ia boleh terus dibuat melalui portal rasmi MySalam https://mysalam.com.my/B40/INFO

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh terus hubungi talian 1 300 88 8938 atau secara e-mel di info@mysalam.com.my

Post a Comment

0 Comments