TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Kerajaan Sedang Mempertimbang Pengeluaran Khas KWSP 2.0

 

Kerajaan Sedang Mempertimbangkan Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Walaupun dengan keadaan negara di pasca-pandemik tanpa ada sebarang sekatan perjalanan, tetapi rakyat masih mengeluh dengan pelbagai perkara termasuklan kenaikan harga barang dalam waktu terdekat ini.

Disebabkan itu dan beberapa perkara lain, para pencarum KWSP sangat menuntut Pengeluaran Khas KWSP 2.0.

Kita semua sedia maklum bahawa bermula pada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 lalu, pihak kerajaan meluluskan pelbagai jenis pengeluaran wang simpanan KWSP seperti i-Lestari, i-Citra dan Pengeluaran Khas maksimum RM 10,000 pada awal tahun ini.

KERAJAAN AKAN MEMPERTIMBANGKAN PENGELUARAN KHAS 2.0

Yang Berhormat Tuan Shahar Bin Abdullah iaitu Timbalan Menteri Kewangan II pada isnin telah mengumumkan dalam Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedia mempertimbangkan Pengeluaran Khas KWSP 2.0.

Menurut beliau, semua input-input berkaitan bagaimana kerajaan perhebat dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji rapi dan sudah pasti KWSP 2.0 juga adalah antara salah satu perkara yang sedang kerajaan pertimbangkan pada masa sekarang.

"Hal ini kerana, banyak lagi strategori yang Kerajaan akan gunakan untuk pastikan KWSP menjadi insurans pada mereka yang bekerja.

Dan paling penting katanya, Kerajaan sekarang sedang meneliti menangani masalah bagaimana peluang pekeraan di pasaran, kadar gaji minimum diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga mahu bantuan bukan saja faktor formal atau tidak formal supaya kadar kesedaran perancangan pasaran dan celik kewangan rakyat Malaysia dapat kerajaan optimumkan sebaiknya.


Sumber : Kerjasemasa.com

Post a Comment

0 Comments