TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Bantuan berjumlah RM 700 ini baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri - Semak Sekarang

 

BANTUAN KEWANGAN  RM 700 INI BARU SAHAJA DIUMUMKAN OLEH PERDANA MENTERI

Kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan sebuah bantuan khas RM 700 pada 30 Ogos 2022. Pengumuman Bantuan Khas Kewangan bagi tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan serta Pesara Kerajaan.

Bantuan ini telah diumumkan ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) yang bertemakan 'Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia'.

APAKAH ITU BANTUAN KHAS KEWANGAN ?

Bantuan Khas Kewangan adalah sebuah bantuan yang disalurkan daripada kerajaan kepada penjawat awam yang berkelayakan. 

Bantuan ini diberikan sebagai tanda untuk menghargai jasa pengorbanan para penjawat awam.

JUMLAH BANTUAN

Terdapat 2 jenis bantuan dengan perbezaan jumlah dan kelayakan, sila rujuk di bawah 

BANTUAN RM 700

  • Diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah

BANTUAN RM 350

  • Diberikan kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen
  • Penerima pencen terbitan
  • Pesara perkhidmatan awam skim KWSP iaitu bersara apa mencapai opsyen umur perasaan
  • Veteren berpencen dan tidak berpencen

TARIKH BAYARAN

Pembayaran akan bermula pada bulan Januari 2023 nanti. Buat setakat ini, tiada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Dijangkakan bantuan ini akan dibayar bersama gaji pada bulan Januari iaitu pada penghujung bulan Januari.

SENARAI YANG TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN

Nota : ini adalah data senarai yang tidak layak terima BKK bagi tahun 2022, untuk 2023 pula akan di kemaskini dari masa ke masa
  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setarif termasuk yang memangku, dipinjam / tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama / Gred Khas
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2022
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Januari 2022 dan
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Januari 2022 serta
  • Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.

Post a Comment

0 Comments