KWSP umum insentif terbaru dikenali sebagai i-Sayang



 Untuk pengetahuan pembaca, terdapat sebuah insentif yang akan dilancarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selepas i-Lindung diumumkan, skim yang akan dilancarkan kelak dikenali sebagai i-Sayang KWSP. Secara ringkasnya, ia adalah program yang membolehkan si suami membuat caruman untuk si isteri.

BANTUAN TERBARU I-SAYANG

i-Sayang merupakan sebuah kemudahan terbaru yang bakal dilancarkan oleh pihak KWSP. Kemudahan ini telah diberitahu kepada awam sejak November 2021 lepas lagi.

Tujuan utama skim i-Sayang ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat untuk menjamin simpanan pada masa depan.

BAGAIMANA I-SAYANG BERFUNGSI

Menurut pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang adalah
  • sebuah kemudahan pemindahan secara sukarela sebanyak 2 peratus (2%) caruman KWSP ke akaun isteri
  • seperti yang dimaklumkan, i-Sayang ini akan tidak dilaksanakan secara automatik tetapi secara sukarela

TARIKH PELAKSAAN

Menurut Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir pada November lepas, beliau mengatakan bahawa i-Sayang akan dilancarkan pada suku pertama 2022.

Walau bagaimanapun, suku pertama bagi tahun 2022 telah habis dimana kita akan memasuki bulan Ogos tidak lama lagi. 

Oleh hal demikian, tarikh pelaksanaan kemungkinan berubah dan setakat ini tiada pengumuman dibuat mengenainya.

PERMOHONAN I-SAYANG

Sama seperti tarikh pelaksaan yang tidak kunjung tiba, begitu juga dengan cara permohonan i-Sayang ini.

Pihak KWSP belum ada mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai program ini termasuklah cara untuk membuat permohonan.

Sebarang kemas kini maklumat akan kami hebahkan dari masa ke masa.

JUMLAH CARUMAN

i-Sayang adalah
  1. Pemindahan caruman sukarela daripada akaun suami kepada akaun isteri
  2. Manakala jumlah caruman yang dibenarkan adalah 2% daripada caruman si suami bagi setiap bulan
Selain itu, KWSP turut menyokong skim caruman lebihan yang sukarela yang mana ahli boleh meminta para majikan untuk meningkatkan caruman KWSP lebih 11% kadar berkanun.

Post a Comment

Previous Post Next Post