Ini Sebab Mengapa Tabung Haji Minta Bakal Jemaah Haji Berhati-hati Mengenai Visa Furada

 


Semalam, media melapor lebih 400 jemaah haji terkandas di KLIA dipercayai mangsa penipuan sebuah agensei pelancongan.

Menurut BERNAMA, bakal jemaah haji itu dipercayai menggunakan Visa Furasa bagi menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Munurut TH, Visa Furada merujuk kepada visa yang dieluarkan oleh Kedutaan Besar Diraja Arab Saudi di Malaysia. Visa ini bagaimanapun dikeluarkan hanya untuk orang atau kumpulan tertentu sahaja.

TH juga menjelaskan bahawa selain kuota rasmi yang diberikan kepada Malaysia, permohonan visa haji adalah mutlak kepada Kerajaan Arab Saudi.

Justeru, mana-mana bakal haji ditawarkan Visa Furada digalakkan menggunakan perkhidmatan pakej haji yang telah disediakan oleh Pengelola Jemaah haji (PJH) yang dilesenkan olehTabung Haji sahaja.

Oleh itu, orang awam diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran pakej haji melalui Visa Furada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Ini kerana, Visa Furada hanya dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Diraja Arab Saudi di Malaysia dan pemberian visa selain kuota rasmi kepada Malaysia adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Malah, pemberian Visa Furada pula hanya diberikan kepada orang atau pihak tertentu sahaja.



Sumber ; siakapkeli.my , Tabung Haji

Post a Comment

Previous Post Next Post