i-Sayang KWSP Untuk Suami Yang Sayang Isteri

 

Terdapat sebuah insentif yang bakal dilancarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Skim itu dikenali sebagai i-Sayang. Sebuah program yang akan memberi kemudahan kepada insan terSAYANG iaitu isteri.

APA ITU i-SAYANG

i-Sayang merupakan kemudahan terbaru yang akan dilancarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kemudahan ini telah diperkenalkan pada bulan November 2021 lepas.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat untuk menjamin simpanan pada masa depan.

Menurut pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang ialah 
  • sebuah kemudahan pemindahan sukarela sebanyak dua peratus 2% caruman KWSP ke akaun isteri

TARIKH BAYARAN

Menurut Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang akan dilancarkan pada
  • suku pertama 2022
Tetapi, buat masa sekarang belum ada tarikh rasmi berkaitan bayaran akan dilakukan.

CARA NAK MOHON I-SAYANG

Untuk makluman para pembaca, pihak KWSP belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan cara permohonan i-Sayang KWSP.

Sebarang maklumat terbaru akan kami kemas kini dari masa ke masa.

JUMLAH BAYARAN

Sedia maklum bahawa i-Sayang ialah
  • Pemindahan caruman sukarela daripada akaun suami kepada akaun isteri
  • Jumlah bayaran yang akan diberikan kepada isteri ialah dua peratus (2%) caruman
  • KWSP turut menyokong skim caruman lebihan yang sukarela yang mana ahli boleh meminta para majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka lebih 11% kadar berkanun

Post a Comment

Previous Post Next Post