Bantuan SKK RM 1,000 Bagi Penerima BKM

 


Pelbagai jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang berkelayakan termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), MySalam, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan banyak lagi.

Pemberian pelbagai jenis bantuan ini sudah tentu untuk meringankan beban setiap isi rumah dan penerima yang terjejas. Di tambah pula dengan kenaikkan harga barang yang secara berterusan pada saat ini.

BANTUAN SKK RM 1,000

Salah satu bantuan yang turut ditawarkan oleh pihak kerajaan adalah SKK ataupun Skim Khairat Kematian berjumlah RM 1,000 bagi setiap penerima yang layak.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah tuntutan 
  • RM 1,000 bagi setiap individu yang layak sahaja.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerimaan bantuan SKK RM 1,000 ini
 
Untuk pengetahuan anda, penerima BKM 2022 adalah layak untuk menuntut bantuan ini bagi penerima kategori
  • Kahwin atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Janda / Duda / Balu yang mempunyai anak atau
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Meninggal dunia : Bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
  • SKK layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan oleh pemohon atau pasangan bermula 15 April 2022
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK

DOKUMEN UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN

  • Sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan 
  • Kad Pengenalan asal wakil dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil

CARA TUNTUTAN

Wakil boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Hanya perlu membawa dokumen yang dinyatakan seperti diatas untuk membuat tuntutan.

Post a Comment

Previous Post Next Post