TERKINI

6/recent/ticker-posts

Bantuan One-Off RM 480 Setahun

 

PEMBAYARAN  BANTUAN RM 480 SECARA  ONE-OFF/SEKALI BAYAR

Terdapat sebuah bantuan atau insentif yang akan dibayar secara one-off pada setiap tahun berjumlah RM 480.

i-SURI KWSP KEPADA SURI RUMAH BERJUMLAH RM 480

Bantuan i-Suri KWSP kini kembali diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah, balu dan ibu tunggal untuk mengiktiraf pengorbanan mereka. Bantuan i-Suri ini diberikan kepada Suri Rumah, Balu dan Ibu Tunggal RM 480.

JUMLAH BANTUAN KESELURUHAN

  • Pembayaran adalah sebanyak RM 480 SETAHUN bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk tahun 2022
  • Untuk pengetahuan anda, bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM 2,500
  • Penerima i-Suri juga turut bakal menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain
  • Manakala, bantuan hilang upaya turut disediakan

SYARAT KELAYAKAN

Kepada sesiapa yang berminat membuat permohonan i-Suri inim anda perlu mempunyai kelayakan yang ditetapkan iaitu :
  • Warganegara Malaysia 
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih
  • Umur belum melebihi 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM ?

Berikut ialah individu yang boleh membuat caruman :
  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri iaitu isteri

CARA PENDAFTARAN DAN BORANG PERMOHONAN

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat pendaftaran insentif berikut, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa Kad Pengenalan serta dua (2) borang berikut :
  1. Borang i-Suri - KWSP 16G(M) MUAT TURUN BORANG (PENDAFTARAN KALI PERTAMA SAHAJA)
  2. Borang i-Suri - KWSP 6A (2) MUAT TURUN BORANG (SEMASA PEMBAYARAN)
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah iaitu :
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank
  • Pindahan wang melalui perbankan internet iaitu Maybank dan Public Bank

CARA SEMAKAN STATUS

Untuk membuat semakan status, anda perlu membuat semakan melalui portal rasmi e-Kasih di pautan berikut :
Peringatan !
  • Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai ataupun bujang)

Post a Comment

0 Comments