Kategori Yang Akan Terima Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 2

 

Kategori Yang Akan Terima Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 2

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak. 

BKM adalah sebuah bantuan yang akan dibayar dalam 4 peringkat sehingga Disember 2022.

Walau bagaimanapun, jumlah bayaran bantuan berbeza mengikut kategori penerima yang layak. Misalnya, penerima dibezakan melalui jumlah pendapatan, status perkahwinan dan jumlah tanggungan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut termasuklah kategori yang akan menerima BKM Fasa 2, sila rujuk maklumat di bawah.

KATEGORI YANG MENERIMA BKM FASA 2

Kategori yang akan menerima bayaran BKM Fasa 2 adalah hampir sama dengan Fasa 1 kecuali satu kategori, berikut adalah kategori yang akan terima BKM Fasa 2
  • Isi Rumah berumur 59 tahun ke bawah dan berpendapatan RM 0 hingga RM 5,000
  • Isi Rumah berumur 60 tahun ke atas dan berpendapatan RM 0 hingga RM 5,000
  • Isi Rumah yang merupakan ibu bapa tunggal yang mempunyai anak dan berpendapatan RM 0 hingga RM 5,000
  • Bujang yang berumur 60 tahun dan ke atas serta berpendapatan RM 2,500 hingga RM 5,000
Kategori bujang dan ibu bapa tunggal tiada tanggungan tidak akan menerima bayaran untuk BKM Fasa 2 ini.

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Setakat ini, tiada tarikh rasmi diumumkan oleh pihak kerajaan pusat mengenai tarikh bayaran BKM Fasa 2. 

Walau bagaimanapun, perkara yang pasti ialah BKM Fasa 2 akan dikreditkan selewatnya 30 Jun ini kecuali terdapat perubahan tarikh.

Jika mengikut tarikh pembayaran BKM Fasa 1 pada Mac lepas, kemungkinan besar pembayaran turut akan dikreditkan pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun ini.

RAYUAN PERMOHONAN BKM

Kepada individu yang tidak lulus BKM Fasa 1, anda boleh membuat pengemaskinian maklumat dan seterusnya membuat permohonan semula BKM melalui laman web rasmi BKM tempoh hari.

Hal ini kerana rayuan permohonan BKM ini hanya dibuka sehingga 2 Jun dan hanya terbuka kepada pemohon yang tidak lulus dan pemohon yang lulus tetapi terdapat perubahan maklumat seperti pertambahan tanggungan atau pendapatan.

Oleh hal demikian, anda digalakkan membuat permohonan rayuan secepat mungkin kerana rayuan hanya tinggal 1 hari lagi.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda lulus pada rayuan BKM ini, pembayaran bantuan akan dikumpulkan dan dibayar pada Fasa 3 dan Fasa 4 nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), anda boleh terus layari portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia. 

Sebarang maklumat terkini akan kami kemas kini dari masa ke masa.

Post a Comment

Previous Post Next Post