TERKINI

6/recent/ticker-posts

Ini Adalah Jumlah Bantuan Yang Anda Akan Terima Untuk BKM Fasa 2

 


Para penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah tentu sangat tertunggu-tunggu pembayaran BKM Fasa 2 dilaksanakan. 

Hal ini kerana pembayaran seterusnya iaitu BKM Fasa 2 akan mula disalurkan pada bulan Jun depan.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan yang dibayar dalam 4 fasa sehingga penghujung 2022 ini. 

Walau bagaimanapun, jumlah bayaran bantuan adalah berbeza mengikut kategori penerima. Kategori penerima dibezakan melalui jumlah pendapatan, jumlah tanggungan dan status perkahwinan.

Jumlah maksimum BKM adalah berjumlah RM 2,500 termasuk dengan bantuan tambahan RM 500.

KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN BKM FASA 2

Berikut adalah kategori yang akan terima bayaran BKM Fasa 2. Jumlah bayaran maksimum untuk BKM Fasa 2 adalah RM 400.

1 - Isi Rumah & Berumur 59 Tahun Ke Bawah

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak - RM 200
  • 1-2 anak - RM 300
  • 3 anak dan ke atas - RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 - RM 5,000
  • 0 anak - RM 100
  • 1-2 anak - RM 100
  • 3 anak dan ke atas - RM 300

2 - Isi Rumah & Berumur 60 Tahun Ke Atas

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak - RM 200
  • 1-2 anak - RM 300
  • 3 anak dan ke atas - RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 - RM 5,000
  • 0 anak : RM 100
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

3 - Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 1-2 anak : RM 300
  • 3 anak dan ke atas : RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 - RM 5,000
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

4 - Bujang dan Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • tiada
ii) Pendapatan RM 2,500 - RM 5,000 (Pemohon berumur 60 tahun ke atas)
  • RM 150

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Tiada tarikh terkini yang diumumkan oleh pihak kerajaan mengenai tarikh pembayaran BKM Fasa 2. Walau bagaimanapun apa yang pasti ialah pembayaran akan dilaksanakan pada bulan Jun ini. 

Kemungkinan besar pembayaran akan dilaksanakan pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun jika diikutkan dengan pembayaran BKM Fasa 1 pada Mac lepas.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), anda boleh terus layari portal rasmi bkm di bkm.hasil.gov.my atau lawati Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Post a Comment

0 Comments