TERKINI

6/recent/ticker-posts

Bantuan Kewangan Maksimum RM 2,000

 

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah dalam diperkenalkan tapi masih diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita sangat memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan sekarian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah dikenali sebagai Bantuan BUDI. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk perkara di bawah.

BANTUAN BUDI

BUDI adalah sebuah bantuan yang ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sabah yang bakal memasuki IPT bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.

Pelaksanaan bantuan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi sama ada di IPTA dan IPTS.

KADAR BANTUAN

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh para pemohon yang kayak adalah seperti berikut 
  1. Peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi : RM 1,500
  2. Peringkat Ijazah Sarjana Muda : RM 2,000

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang ingin memohon bantuan BUDI perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut

1. Permohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.

2. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.

3. Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40.

4. Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.

CARA MEMOHON BANTUAN

Untuk membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut

1. Layari laman web.
2. Klik butang PERMOHONAN.
3. Klik butang DAFTAR di sebelah kanan paparan.
4. Isi maklumat dengan lengkap dan klik butang DAFTAR.
5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
6. Isi maklumat yang diperlukan.
7. Kemudian sediakan dokumen sokongan.
8. Hantar permohonan setelah semua makluamt dan dokumen dimuat naik.

Post a Comment

0 Comments