Sila Kemaskini Maklumat Untuk Terima Bantuan RM 2,500

Sila Kemaskini Maklumat Untuk Terima Bantuan RM 2,500

 Sedia maklum, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah dikreditkan bermula Mac lepas.

Oleh itu, kepada pemohon yang gagal anda perlu membuat kemaskini maklumat untuk terima bantuan sehingga RM 2,500 berkenaan.

RAYUAN BKM

Walau bagaimanapun, Kerajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan ke dalam pangkalan data Kerajaan. Oleh itu, sukacita diingatkan bahawa tempoh kerajaan akan membuka permohonan rayuan untuk BKM Fasa 1 ini.

SYARAT KELAYAKAN RAYUAN BKM

Pemohon yang layak untuk membuat permohonan rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut 
  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

TARIKH RAYUAN BKM

Berikut adalah tarikh rayuan BKM yang dibuka selama sebulan :
  • Rayuan Dalam Talian - mulai 2 Mei hingga 2 Jun 2022
  • Rayuan Secara Manual Dengan Menggunakan Borang - mulai 9 Mei hingga 2 Jun 2022

CARA PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022

Berikut adalah kaedah permohonan rayuan BKM 2022

1. Rayuan Secara Dalam Talian
  • Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi BKM LHDNM di bkm.hasil.gov.my
2. Rayuan Secara Manual
  • Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan menggunakan borang rayuan BKM 2022, anda boleh membuat penghantaran di cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran
  • Borang rayuan akan dikeluarkan sebelum 9 Mei

TARIKH BAYARAN RAYUAN

Menurut Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), setelah pangkalan data BKM dikemaskini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus akan dibayar pada 
  • pembayaran BKM Fasa 3 dan 4 yang dijadualkan pada bulan September dan Disember 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post