TERKINI

6/recent/ticker-posts

Program Bantuan BISTARI RM 100 Untuk Anak

 


Terdapat sebuah inisiatif pihak kerajaan kepada rakyat yang sedang memerlukan wang sebagai simpanan. Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah memberikan pelbagai jenis bantuan atau insentif terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah atau B40.

Salah satu insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri adalah program bantuan khas yang dikenali sebagai Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri atau BISTARI.

BANTUAN KHAS BISTARI

Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri atau BISTARI ini adalah sebuah program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sabah.

Bantuan ini adalah berbentuk simpanan yang hanya boleh dikeluarkan pada masa depan sebagai perlindungan kewangan kepada anak-anak.


Ia merupakan sebuah program yang baik kerana selain daripada pemberian bantuan kewangan tetapi turut mengajar rakyat untuk membuat simpanan.

JUMLAH BANTUAN / SIMPANAN

Jumlah bantuan kepada rakyat yang layak adalah 
  • RM 100 setiap orang

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kepada rakyat yang berminat 
  • Bayi wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah dan lahir pada tahun 2022
  • Ibu bapa atau penjaga berasal / lahir di negeri Sabah
  • Simpanan berbentuk wang sebanyak RM 100 akan dikreditkan ke dalam akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Pengeluaran simpanan hanya boleh dibuat ketika anak berumur 18 tahun

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan telah dibuka sepanjang tahun bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2022 nanti.

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dilaksanakan melalui 2 cara iaitu secara online atau secara manual.

PERMOHONAN ONLINE

Anda perlu isi setiap butiran yang diperlukan dan hantar secara online 

PERMOHONAN MANUAL

Sekiranya anda lebih menyukai kepada cara permohonan melalui borang, ini adalah borang yang perlu anda isi dan hantar kepada alamat yang tertera di bawah.
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu,
Sabah

MAKLUMAT LANNJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri atau BISTARI, anda boleh layari Facebook Rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Ssabah atau hubungi talian hotline di 088-369 872 / 012-866 2419

Post a Comment

0 Comments