TERKINI

6/recent/ticker-posts

Tarikh Pembayaran KWSP RM 10K Mengikut Batch Yang Ditetapkan

 

Tarikh Pembayaran KWSP RM 10K Mengikut Batch Yang Ditetapkan

Berikut adalah info penuh mengenai tarikh pembayaran KWSP RM 10,000 mengikut batch seperti yang tertera dalam semakan Pengeluaran Khas KWSP

KAEDAH BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ahli dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank yang ditetapkan.

TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Sehingga hari ini, ramai yang masih keliru tentang tarikh bayaran baru yang telah diawalkan. Berikut adalah tarikh pembayaran yang baru mengikut batch masing-masing.
  • Batch 21 April - Dibayar pada 18 April
  • Batch 23 April - Dibayar pada 20 April
  • Batch 24 April - Dibayar pada 21 April
  • Batch 25 April - Dibayar pada 22 April
  • Batch 28 April - Dibayar pada 25 April
  • Batch 29 April - Dibayar pada 26 April
Anda boleh membuat semakan status permohonan dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas.

CARA SEMAKAN STATUS

Berikut adalah cara untuk membuat semakan : 

  1. Layari portal rasmi Pengeluaran Khas di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
  2. Klik 'Teruskan'
  3. Klik 'Semak Status Permohonan'
  4. Isikan No MyKad/ MyPR atau Nombor pasport/ MyKAS
  5. Isi Nombor Telefon Bimbit
  6. Sahkan Captcha
  7. Klik 'Semak Status'
  8. Keputsan Permohonan Dipaparkan

KAEDAH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS

Pembayaran untuk Pengeluaran Khas ini terbahagi kepada 2 termasuklah 

1) Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak secara automatik. Disebabkan itu, pada permohonan Pengeluaran Khas ini anda diminta untuk meletakkan nombor akaun bank yang aktif untuk tujuan pembayaran.

2) Arahan Bayaran

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, anda boleh pilih kaedah pembayaran Arahan Bayaran untuk pengeluaran nanti.
  • Arahan bayaran adalah agihan pembayaran untuk sesuatu urusan melalui cek atau pemindahan wang.
Sumber : kerjasemasa.com

Post a Comment

0 Comments