TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Petanda Sekiranya Pengeluaran Khas KWSP Anda Diluluskan

 

Petanda Sekiranya Pengeluaran Khas KWSP Anda Diluluskan

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 akan mula dibuka 1 April ini seperti yang diumumkan oleh pihak Kerajaan dan KWSP.

PETANDA PERMOHONAN KHAS DILULUSKAN

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP telah dibuka pada 1 April 2022. Para pencarum berpusu-pusu membuat permohonan.

Sekiranya anda boleh membuat permohonan, kebarangkalian untuk anda lulus adalah tinggi. Hal ini kerana Pengeluaran Khas ini tidak mengenakan apa-apa syarat pengeluaran. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pencarum sama seperti pengeluaran i-Citras sebelum ini.

Oleh itu, anda tidak perlu risau mengenai Pengeluaran Khas KWSP ini. 

PERMOHONAN PENGELUARAN RM 10,000 HANYA MELALUI PORTAL KHAS

KWSP umum permohonan pengeluaran RM 10,000 hanya melalui portal khas yang akan disediakan oleh pihak KWSP.

Permohonan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya dibuat melalui portal pengeluaran khas.

MELANCARKAN URUSAN PENGELUARAN

Seterusnya, pihak KWSP memaklumkan agar kelancaran urusan permohonan pastikan :
  1. Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  2. Baki simpanan KWSP disemak
  3. Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
  4. Akaun adalah di atas nama ahli dan bukan bersama atau merupakan akaun syarikat
Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank, anda boleh memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah bayaran Pengeluaran Khas kelak.

CARA MOHON PENGELUARAN KHAS

Melalui Facebook rasmi KWSP, ahli boleh membuat permohonan melalui 2 cara iaitu
melalui i-Akaun KWSP atau permohonan online melalui portal rasmi pengeluaran.

1. Mohon melalui i-Akaun
  • Kepada ahli yang mempunyai i-Akaun anda boleh memuat turun aplikasi i-Akaun atau log masuk daripada portal rasmi KWSP untuk membuat permohonan.
2. Mohon melalui portal rasmi Pengeluaran Khas

  • Selain itu, cara lain untuk ahli membuat permohonan adalah melalui https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ yang disediakan oleh pihak KWSP.
  • Layari portal khas di atas.
  • Isikan Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit
  • Klik TERUSKAN dan sahkan identiti melalui Nombor OTP atau soalan keselamatan
  • Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran A atau B
  • Tekan Teruskan
  • Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan teruskan.
  • Semak maklumat dan tandakan seterusnya tekan Hantar.

PENGELUARAN KHAS KWSP RM 10,000

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh fasa peralih ke endemik.

AHLI YANG PERNAH MOHON PENGELUARAN KHAS SEBELUM INI TURUT LAYAK

Pencarum yang pernah membuat pengeluaran melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra turut layak membuat Pengeluaran Khas ini tergantung dengan baki wang simpanan anda.

JUMLAH PENGELUARAN

Pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 dan minimum RM 50 sahaja. Walau bagaimanapun, ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.

CARA BAYARAN PENGELUARAN KHAS

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu kali bayaran sahaja atau one-off

Post a Comment

0 Comments