TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Perkara Penting Pengeluaran KWSP Sekiranya Pembayaran Belum Masuk

 

Perkara Penting Pengeluaran KWSP Sekiranya Pembayaran Belum Masuk

Pemohon Pengeluaran Khas KWSP diberi kejutan oleh pihak kerajaan dimana pembayaran pengeluaran tersebut diawalkan beberapa hari.

Sedia maklum, pembayaran Pengeluaran Khas sepatutnya bermula pada 20 April 2022. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan dan KWSP membuat satu keputusan dimana pembayaran tersebut diawalkan beberapa hari. 

Pelbagai perkara penting yang anda perlu tahu untuk pengeluaran pada 18 April ini. Sila rujuk di bawah.

PERKARA PENTING PENGELUARAN KHAS

Pelbagai perkara penting yang anda perlu tahu untuk Pengeluaran Khas ini termasuklah 

1. Pembayaran Pengeluaran Khas Diawalkan

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini diawalkan beberapa hari bermula
  • 18 April berbanding tarikh sebelumnya iaitu 20 April
  • Pembayaran diawalkan untuk memudahkan pemohon berbelanja sempena hari raya

2. Pembayaran Pada 18 April 

Semakan status permohonan dipaparkan bahawa pembayaran pertama adalah pada 20 April. Walau bagaimanapun disebabkan tarikh bayaran yang diawalkan, dijangkakan bahawa
  • semakan status pembayaran yang pada 20 April akan mula dikreditkan pada 18 April ini
  • Namun, tiada info sahih yang diterima mengenai hal itu

3. Pembayaran Secara Berperingkat

Menurut Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Zafrul, sekiranya terdapat pemohon yang belum menerima bayaran pada 18 April, pemohon tidak perlu risau dan perlu tunggu untuk beberapa hari lagi.

Hal ini kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat. Sama seperti pembayaran i-Citra dan i-Sinar.

4. Bayaran One-Off

Sekiranya anda terlepas informasi mengenai jumlah bayaran yang akan dikreditkan. Pembayaran akan dilaksanakan sekali bayar atau one-off sahaja. 

Ini bermaksud sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan terima RM 10,000 sekaligus.

5. Penggantian Jumlah Pengeluaran

Untuk pengetahuan anda, setiap jumlah pengeluaran anda perlu diganti semula melalui kadar caruman bulanan KWSP. 

Ahli perlu menggantukan keseluruhan jumlah pengeluaran melalui Pengeluaran Khas ini dengan tambahan sebanyak 20 PERATUS (%). 

Berikut adalah contoh pengiraan :
  • Sekiranya anda membuat Pengeluaran Khas RM 10,000
  •  20 % daripada RM 10,000 adalah RM 2,000
  • Oleh itu, jumlah yang perlu anda ganti adalah RM 10,000 + RM 2,000 = RM 12,000
Caruman baharu yang diterima akam dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20%  daripada amaun pengeluaran seperti yang ditunjukkan di atas.

Setelah penggantian selesai, caruman akan kembali seperti biasa.

BUTIRAN PENUH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS

Terbaharu, KWSP telah mengumumkan langkah untuk mengeluarkan RM 10,000 bagi memudahkan permohonan para pencarum. Para pencarum KWSP boleh membuat permohonan melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Sedia maklum, permohonan pengeluaran ini hanya terbuka kepada ahli

  • di bawah umur 55 tahun dan
  • pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran iaitu one-off serta
  • dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.
Untuk pengetahuan anda, permohonan pengeluaran khas ini akan bermula pada 1 April 2022 dan ditutup padad 30 April 2022 ini.

Manakala, semakan status bermula pada 9 April 2022 dan pembayaran bermula pada 20 April tetapi diawalkan bermula 18 April.

Post a Comment

0 Comments