TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

KWSP Umum Jenis Kategori Pemohon KWSP Yang Akan Terima Bayaran Selepas Hari Raya

KWSP Umum Jenis Kategori Pemohon KWSP Yang Akan Terima Bayaran Selepas Hari Raya

 Untuk pengetahuan anda, pembayaran telah mula dibayar mulai 18 April lepas. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah kategori permohonan yang akan menerima bayaran selepas raya ini.

KATEGORI PEMOHON YANG TERIMA BAYARAN SELEPAS RAYA

Terdapat satu kategori permohonan diumumkan oleh pihak KWSP yang akan menerima bayaran selepas hari raya Aidilfitri.

Kategori tersebut adalah permohonan Pengeluaran Khas yang dibuat 
  • bermula 28 April dan ke atas sahaja
Walau bagaimanapun, bagi permohonan 27 April dan ke bawah pembayaran akan dilakukan sebelum hari raya Aidilfitri.

TARIKH PEMBAYARAN

Tarikh pembayaran untuk pemohon 28 April dan ke atas akan dibuat seawal
  • 5 Mei 2022 atau hari raya ketiga

PERKARA PENTING PENGELUARAN KHAS

Pelbagai perkara penting yang anda perlu tahu untuk Pengeluaran Khas ini termasuklah 

1. Pembayaran Pengeluaran Khas Diawalkan

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini diawalkan beberapa hari bermula
  • 18 April berbanding tarikh sebelumnya iaitu 20 April
  • Pembayaran diawalkan untuk memudahkan pemohon berbelanja sempena hari raya

2. Pembayaran Pada 18 April 

Semakan status permohonan dipaparkan bahawa pembayaran pertama adalah pada 20 April. Walau bagaimanapun disebabkan tarikh bayaran yang diawalkan, dijangkakan bahawa
  • semakan status pembayaran yang pada 20 April akan mula dikreditkan pada 18 April ini
  • Namun, tiada info sahih yang diterima mengenai hal itu

3. Pembayaran Secara Berperingkat

Menurut Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Zafrul, sekiranya terdapat pemohon yang belum menerima bayaran pada 18 April, pemohon tidak perlu risau dan perlu tunggu untuk beberapa hari lagi.

Hal ini kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat. Sama seperti pembayaran i-Citra dan i-Sinar.

4. Bayaran One-Off

Sekiranya anda terlepas informasi mengenai jumlah bayaran yang akan dikreditkan. Pembayaran akan dilaksanakan sekali bayar atau one-off sahaja. 

Ini bermaksud sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan terima RM 10,000 sekaligus.

5. Penggantian Jumlah Pengeluaran

Untuk pengetahuan anda, setiap jumlah pengeluaran anda perlu diganti semula melalui kadar caruman bulanan KWSP. 

Ahli perlu menggantukan keseluruhan jumlah pengeluaran melalui Pengeluaran Khas ini dengan tambahan sebanyak 20 PERATUS (%). 

Berikut adalah contoh pengiraan :
  • Sekiranya anda membuat Pengeluaran Khas RM 10,000
  •  20 % daripada RM 10,000 adalah RM 2,000
  • Oleh itu, jumlah yang perlu anda ganti adalah RM 10,000 + RM 2,000 = RM 12,000
Caruman baharu yang diterima akam dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20%  daripada amaun pengeluaran seperti yang ditunjukkan di atas.

Setelah penggantian selesai, caruman akan kembali seperti biasa.

Post a Comment

0 Comments