TERKINI

6/recent/ticker-posts

Pengeluaran i-Citra RM 10,000 Sebelum Ramadan

 

Pengeluaran i-Citra RM 10,000 Sebelum Ramadan

PENGELUARAN KWSP SEBELUM RAMADAN

Shah Alam - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan masa paling tepat untuk kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah selepas pembayaran dividen 2021 dan sebelum Ramadan.

Beliau turt mencadangkan empat langkah wajar dipertimbangkan kerajaan bagi memulihkan semula baki KWSP yang rendah.

"Dan sekiranya dibenarkan, saya juga harap kerajaan pertimbangkan empat langkah ini bagi memulih semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang masih terjejas akibat Covid-19," katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.

CADANGAN PENGELUARAN I-CITRA RM 10,000

Ahli Parlimen Pekan itu mencadangkan, pengeluaran i-Citra sebanyak RM 10,000, penstrukturan semula kadar dividen KWSP serta kadar caruman majikan dinaikkan semula, dan memulihkan semula projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur - Singapura.

"Beri projek Bandar Malaysia kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beri beberapa projek kerajaan kepada KWSP dan syarikat milik KWSP," katanya.

Pada masa sama, beliau berharap sokongan yang diberikan oleh parti serta ahli politik mengenai pengeluaran berkenaan adalah berterusan bukan sekadar sokongan sementera sempena Musim Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Semasa kempen PRN Johor, ramai dari pihak sebelah sana yang pernah bantah pengeluaran khas kali terakhir KWSP tiba-tiba menyokong pula.

Desakan mengenai kebenaran pengeluaran khas KWSP terus dibangkitkan apabila tempoh bagi tiga skim pengeluaran membabitkan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sudah berakhir.

Post a Comment

0 Comments