TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP Dibayar Secara One-Off

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP Dibayar Secara One-Off

Memandangkan permohonan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP akan dibuka dalam beberapa hari sahaja lagi, pelbagai berita yang kita perolehi mengenainya. Pihak KWSP turut mengeluarkan beberapa informasi ringkas untuk para pemohon nanti. Salah satu informasi yang dikeluarkan oleh pihak KWSP adalah berkenaan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 akan dibayar secara one-off.

PENGELUARAN KHAS AKAN DIBAYAR SECARA ONE-OFF

Berita baik kepada para pencarum, pihak KWSP sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan sama ada pembayaran akan dilaksanakan secara one-off iaitu sekali bayar atau pembayaran setiap bulan.

Melalui kemas kini terbaru daripada pihak KWSP, Pengeluaran Khas kali ini adalah secara one-off atau sekali bayar sahaja. Ini bermakna sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan menerima jumlah tersebut untuk satu kali bayaran sahaja.

AMAUN PENGELUARAN DAN KAEDAH BAYARAN

Selain daripada pengumuman pembayaran secara one-off, pihak KWSP turut mengeluarkan informasi berkenaan amaun pengeluaran dan kaedah bayaran, info penuh adalah seperti berikut :

1. Amaun pengeluaran minimum adalah RM 50 manakala pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Sekiranya tidak mencukupi maka Akaun 1 akan digunakan.

2. Meninggalkan bagi sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.

3. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda haruslah membuat keputusan yang munasabah sebelum melakukan permohonan.

4. Bayaran Pengeluaran Khas ini akan diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP Dibayar Secara One-Off

PERMOHONAN PENGELUARAN RM 10,000 HANYA MELALUI PORTAL KHAS

KWSP umum permohonan pengeluaran RM 10,000 hanya melalui portal khas yang akan disediakan oleh pihak KWSP bermula 1 April kelak.

Permohonan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya dibuat melalui portal pengeluaran khas.

UNTUK MELANCARKAN URUSAN PENGELUARAN

Seterusnya, pihak KWSP memaklumkan agar kelancaran urusan permohonan pastikan :
  1. Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  2. Baki simpanan KWSP disemak
  3. Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
  4. Akaun adalah di atas nama ahli dan bukan bersama atau merupakan akaun syarikat
Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank, anda boleh memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah bayaran Pengeluaran Khas kelak.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan Pengeluaran Khas KWSP mula dibuka pada 1 April sehingga 30 April 2022.

CARA PERMOHONAN

Panduan permohonan akan dikemas kini dari masa ke masa. Manakala, permohonan Pengeluaran Khas ini akan dilaksanakan secara online sahaja.

TARIKH BAYARAN PERTAMA

Melalui Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pertama bermula 20 April 2022 ini. Buat masa ini, tiada sebarang informasi adakah pengeluaran ini secara one-off atau secara bulanan seperti pengeluaran i-Citra sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments