TERKINI

6/recent/ticker-posts

Cara Membuat Janji Temu Online (JTO) KWSP Untuk Sebarang Urusan Kaunter



Bermula pada 1 Julai 2020 lalu, Kaunter Perkhidmatan KWSP akan beroperasi hanya menggunakan konsep janji temu yang perlu di mohon secara online terlebih dahulu.

Hanya ahli yang telah membuat temujanji / appointment sahaja yang dapat berurusan di bahagian kaunter KWSP.

Jadi kepada anda yang ingin berurusan menerusi kaunter, anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Sila rujuk panduan di bawah

Panduan Membuat Janji Temu KWSP 

Permohonan jani temu boleh dibuat melalui 2 cara berikut.

Cara 1


Menerusi Laman Web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/ menerusi pautan Permohonan Janji Temu Online

Cara 2

Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Saranan KWSP

  • Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
  • Ahli disarankan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikutan langkah seperti menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.
  • Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar 
  • (check-in) dengan mengimbas QR code menggunakan aplikasi MySejahtera.

NOTIS PENTING  

Mulai 1 November 2021 dan seterusnya, semua transaksi di kaunter KWSP tidak memerlukan Janji Temu Online (JTO) kecuali untuk Khidmat Nasihat Ahli (RAS).


Waktu Operasi Kaunter KWSP


1. Kaunter
  • 8:30 pagi sehingga 4:30 petang pada hari bekerja sahaja.

2. Khidmat Nasihat Perasaan (RAS)
  • 9:00 pagi sehingga 4:00 petang pada hari bekerja sahaja.

Mesti Buat Temujanji Selewat-Lewatnya 1 Jam Sebelum


Ahli boleh membuat permohonan temujanji seawal 30 hari dan selewatnya 1 jam sebelum masa janji temu tetapi bergantung kepada slot kekosongan slot pada tarikh dan waktu yang dimohon.

Post a Comment

0 Comments