TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Cara Keluarkan Duit Tanpa Menggunakan Kad Bank

Cara Keluarkan Duit Tanpa Menggunakan Kad Bank

 Mungkin ada yang diantara kita pernah tertinggal kad bank dan tidak boleh membuat pengeluaran wang daripada mesin ATM. Perkara sedemikian mampu menganggu aktiviti seharian jika kita perlu gunakan wang secara tunai.


Tapi, jangan risau. Saudara Azlan Salim berkongsi cara untuk mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM tanpa menggunakan kad bank. Untuk mengetahui perkara tersebut, sila semak di bawah.

KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN TANPA KAD

Menurut saudara Azlan Salim, hanya pengguna kad Maybank sahaja boleh membuat cara tersebut kerana pengeluaran tersebut perlu dilakukan di mesin ATM Maybank dan pemilik kad Maybank sahaja layak.

CARA KELUARKAN DUIT DI MESIN ATM TANPA KAD

Berikut adalah perkongsian yang diberikan daripada Saudara Azlan Salim mengenai cara keluarkan duit di mesin ATM tanpa menggunakan kad ketika dalam waktu kecemasan.

LANGKAH 1

Masuk aplikasi Maybank2u, di bahagian bawah klik "Mobile". Kemudian pilih option "Cardless ATM Withdraw"

Cara Mudah Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad



LANGKAH 2

Pilih akaun mana yang nak dikeluarkan duit.

Cara Mudah Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad



LANGKAH 3

Masukkan "No Telefon" yang korang nak bagi keluarkan.
  • Boleh beri pada anak kalau mereka nak cash
  • Boleh juga beri pada isteri kalau dia nak shopping.
  • Yang penting ada mesin ATM MAYBANK dekat mereka.
  • Macam kes ni, masukkan no telefon sendiri.
Cara Mudah Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad


LANGKAH 4

Pilih jumlah yang nak keluar. Ada option RM100, RM200 & RM 300 saja.

Cara Mudah Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad



LANGKAH 5

Lepas itu akan keluar summary. Kalau okay, tekan "Agree & Request TAC"

Cara Mudah Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad



LANGKAH 6

Okay, sekarang dah Settle part di "App Maybank2u". Nanti Maybank akan hantar SMS pada no. telefon yang kita letak tadi.

Cara Mudah Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad



LANGKAH 7 

Nanti penerima akan dapat "16 atau 17 digit" no transaksi dari SMS Maybank

LANGKAH 8

Pergi ke mesin ATM Maybank, pilih bahasa, kemudian tekan "Pengeluaran Tanpa Kad".
  • Nanti terus tengok SMS, masukkan "16 atau 17 digit" no transaksi
  • Kemudian tekan "Ya"
  • Nanti Maybank akan hantar SMS "6 Digit" pin
Cara Mudah Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad


LANGKAH 9

Tengok 6 digit Pin pada SMS, masukkan no pin tersebut di ATM dan tekan "Ya".

Cara Mudah Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad



LANGKAH 10

Tahniah, dah berjaya keluarkan duit tanpa kad.

Cara Mudah Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad


Ini SMS yang kita dapat selama nak buat pengeluaran tanpa kad.

Cara Mudah Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad



Sumber : Azlan Salim



Post a Comment

1 Comments