TERKINI

6/recent/ticker-posts

Bantuan Awal Persekolahan RM 150 Dibayar Selepas Pendaftaran 21 Mac Ini

 

Bantuan Awal Persekolahan RM 150 Dibayar Selepas Pendaftaran 21 Mac Ini

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Untuk pengetahuan pembaca, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan tahunan yang akan diagihkan kepada para pelajar yang bersekolah di sekolah yang dibenarkan.

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan BAP ini telah dilancarkan sejak sesi persekolahan 2012 lagi, ia bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa serta penjaga untuk pembelanjaan sekolah para pelajar.

OBJEKTIF BANTUAN

Objektif pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang menanggung perbelanjaan anak-anak yang bersekolah tambahan lagi pada sesi awal persekolahan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan wang bantuan kepada murid yang bersekolah rendah dan menengah.

JUMLAH BANTUAN

Untuk pengetahuan pembaca, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sesi 2022 telah dinaikkan jumlah bantuannya berbanding tahun sebelum ini.

Bantuan BAP 2021 dan tahun-tahun sebelum ini adalah berjumlah
  • RM 100 Seorang
Manakala BAP 2022 dinaikkan kepada
  • RM 150 seorang
  • Pembayaran yang dilaksanakan adalah secara sekali bayar
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dijangkakan pemberian bantuan ini akan dinikmati hampir 3 juta penerima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang diperlukan untuk menerima bantuan di atas adalah seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5
  • Isi rumah keluarga adalah RM 3,000 dan ke bawah
  • Pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta kecuali sekolah antarabangsa

TARIKH BAYARAN

Pembayaran untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini akan dibuat 2 kali. Pembayaran bulan Januari sudah dikreditkan kepada penerima yang layak iaitu
  • Pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5 (Sesi 2022/2023) serta
  • Pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5 (Ssesi 2021/2022)
Manakala, pembayaran untuk bulan Mac adalah seperti berikut :
  • Pembayaran ini hanya kepada pelajar tahun 1 sesi 2022/2023 sahaja
  • Dijangkakan pembayaran dilaksanakan selepas pendaftaran 21 Mac 2022 ini

KAEDAH PEMBAYARAN

Pembayaran akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu 

1. Secara Tunai
  • Diberikan melalui sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan atau yang diberikan oleh sekolah
2. Secara Kredit
  • Pengkreditan bantuan RM 150 kepada murid yang mempunyai akaun bank

Post a Comment

0 Comments