TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Apa Itu i-Ceria KWSP ?



Setelah sekian lama kita kurang mendengar berita mengenai isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP), akhirnya kini terdapat sebuah kemas kini mengenai pengeluaran KWSP tersebut.

Sebelum ini, rakyat Malaysia terus mendesak pihak kerajaan agar meluluskan pengeluaran one-off KWSP berjumlah RM 10,000. Tetapi masih tiada perkembangan sehingga kini.

Tetapi, pada 1 Mac terdapat seorang Ahli Parlimen mencadangkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai i-Ceria.

APA ITU i-CERIA ?

Sebelum ini, kita hanya mendengar i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang merupakan pengeluaran wang yang disediakan oleh pihak KWSP. 

Seorang ahli parlimen yang bernama Datuk Seri Mohd Salim Sharif yang merupakan Barisan Nasional mencadangkan pihak kerajaan memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang berlandaskan KWSP dikenali sebagai i-Ceria. Beliau turut menegaskan bahawa ia adalah kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

OBJEKTIF i-CERIA 

Menurut beliau, pelaksanaan i-Ceria ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Tambahan beliau, tuntutan tersebut bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan beliau juga bukanlah untuk menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua. 

Menurut beliau, tuntutan yang dibuat pada hari ini adalah untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia  dipenuhi, khususnya mereka yang bergelut akibat pandemik ditambah pula musibah banjir yang berlaku baru-baru ini.

PENJELASAN LANJUT

Menurut Mohd Salim, sudah tiba masanya kerajaan sedia mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.

TARIKH PELAKSANAAN

i-Ceria KWSP ini bukanlah bantuan kewangan yang pasti akan disediakan oleh pihak kerajaan tetapi hanya cadangan daripada ahli parlimen.

Walau bagaimanapun, cadangan yang dibuat oleh Mohd Salim dipersetujui oleh beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria, M Karupaiya, Datuk Seri Hasan Arifin dan Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Semoga cadangan yang dibuat oleh beberapa ahli parlimen ini dipandang terus oleh Kementerian Kewangan dan menteri-menteri yang sepatutnya.

Menurut Datuk Dr Xavier Jayakumur, cadangan i-Ceria tersebut bertepatan dengan keadaan semasa ekonomi negara yang memerlukan masa untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kerajaan perlu bertanggungjawab membantu anggota Keluarga Malaysia khususnya B40.

Post a Comment

0 Comments