TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN Dan Secara Online


 

Sejak berlakunya pandemik, banyak perkara yang dipermudahkan seperti pelaksanaan sesetengah proses secara dalam talian sahaja termasuklah pendaftaran kelahiran anak.

Seorang bayi yang baru lahir harus didaftarkan dengan JPN dalam tempoh 60 hari daripada tempoh kelahiran.

INDIVIDU YANG BOLEH DIDAFTAR

Tidak semua individu boleh mendaftarkan seseorang bayi itu dengan pihak JPN, hanya individu dalam senarai berikut sahaja yang layak untuk daftar kelahiran bayi termasuklah :
  1. Ibu dan bapa kandung bayi tersebut
  2. Penjaga kanak-kanak tersebut
  3. Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
  4. Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen seperti berikut haruslah dibawa bersama sewaktu pendaftaran di JPN terdekat (PENDAFTARAN SECARA MANUAL)
  • Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal)
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal)
  • Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal)
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan)
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak (asal dan salinan)
  • Sijil Kematian ibu atau bapa kanak-kanak (asal dan jika berkaitan)
  • Dokumen Perkahwinan atau Penceraian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan)
  • Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung

DAFTAR SECARA DALAM TALIAN

Anda juga boleh membuat pendaftaran di hujung jari iaitu secara online :


2. Klik "Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian"

3. Pengguna perlu klik "ALLOW" atau membenarkan popup daripada tetapan pelayar internet

4. Klik butang "Daftar Pengguna Baru"

5. Lengkapkan pendaftaran

6. Kemudian, klik LOG MASUK

7. Setelah lengkapkan semua maklumat, notifikasi "Permohonan Anda Telah Berjaya"

8. Klik butang "Cetak Slip Permohonan"

9. Bawa slip permohonan tersebut ke pejabat JPN berdekatan dalam tempoh 60 hari

Post a Comment

0 Comments