TERKINI

6/recent/ticker-posts

Caj RM 1 Pengeluaran Di ATM Kembali Disambung

 


Pelanggan perbankan diingatkan bahawa caj transaksi pengeluaran RM 1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sudah kembali dilaksanakan bermula 1 Februari 2022.

Beberapa bank termasuk RHB bank dan Maybank telah memuat naik notis ini di platform media sosial masing-masing pada pertengahan Disember tahun lalu.

Seperti yang sedia maklum, pihak bank telah mengecualikan pengeluaran wang di ATM sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 6 April 2020 lalu dalam usaha untuk mengelakkan orang rami bergerak jauh untuk mengeluarkan wang.

Pengguna tidak akan dicaj sekiranya mengeluarkan wang jika menggunakan ATM yang sama dengan kad bank manakala caj RM 1 dikenakan jika mesin ATM berbeza dengan kad bank pengguna.

Manakala, Bank Rakyat setakat ini masih lagi belum mengenakan caj pengeluaran RM 1 di mesin ATM mereka kepada rakyat yang memiliki kad bank yang bukan Bank Rakyat.

Post a Comment

0 Comments