TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Pengeluaran RM 10,000 KWSP Boleh Dilakukan - Kata Pakar

 


Rakyat Malaysia masih berjuang dengan pengeluaran RM 10,000 one-off wang KWSP. Walaupun nampaknya segelintir daripada pihak kerajaan tidak mendengar suara rakyat tetapi rakyat tetap terus berjuang agar pengeluaran tersebut diluluskan.


KATA PAKAR

Menurut pakar Perunding Kewangan, Ieza Yusof, kurangnya kesedaran dan ilmu dari segi pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini merupakan antara faktor utama mengapa sesetengah pihak gagal bangkit daripada kemiskinan.

Ieza turut bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul bahawa ramai ahlin KWSP akan bersara pada tahap kemiskinan jika pengeluaran KWSP tambah dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, tidak bermakna pengeluaran KWSP secara one-off ini tidak boleh dilakukakan.

PENGELUARAN KWSP BOLEH DILULUSKAN

Menurut beliau, sebagai perancang kewangan dimana dalam keadaan sekarang terdapat wabak penyakit dan bencana banjir ini, rakyat sedang berada dalam fasa gangguan emosi dan kegawatan ekonomi.

Disebabkan itu, penyelesaian yang ada hanyalah pengeluaran KWSP.

"Saya bersetuju untuk ahli KWSP yang ada jumlah wang RM 10,000 itu, untuk mengeluarkan wang tersebut disebabkan bagi memperbaiki keadaan emosi dahulu. Tetapi, kita mesti tahu ilmu cara mengurus," jelasnya.

ILMU PENGURUSAN

Beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya ahli wang simpanan tersebut diberi pendedahan dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul sebelum mereka menerima wang mereka agar wang tersebut dapat diurus dengan baik dan teratur.

Post a Comment

0 Comments