TERKINI

6/recent/ticker-posts

Pendaftaran Anak Secara Online Tahun 1 Sesi 2023/2024

 


SYARAT PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2023/2024

Berikut ialah syarat untuk pendaftaran murid tahun 1 sesi 2023/2024
  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

TARIKH PENDAFTARAN MURID

Tarikh mula pendaftaran bermula pada 1 Mac 2022. 

Manakala tarikh tutup pendaftaran pada 30 Aprill 2022.

  • Rayuan pendaftaran boleh dibuat bermula 1 Ogos Sehingga 31 Ogos 2022 dan
  • Keputusan rayuan ialah pada 1 Oktober

CARA PENDAFTARAN MURID 

Panduan yang diberikan di bawah adalah pendaftaran secara online sahaja. Berikut ialah cara pendaftaran murid untuk sesi 2023/2024 tahun 1
  • Layari portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
  • Tekan butang 'Pengguna Baru'
  • Tekan 'Daftar Pengguna'
  • Tekan 'Daftar'
  • Sila isikan maklumat yang diperlukan untuk membuat pendaftaran
  • Selepas berjaya masuk, teruskan permohonan dan tekan pada menu 'Tahun 1' 
  • Tekan 'Permohonan Baharu'
  • Sila masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pendaftaran
  • Lengkap beberapa maklumat yang diperlukan termasuklah maklumat murid, maklumat kesihatan dan maklumat ibu bapa dan penjaga
  • Tekan butang 'Simpan'
  • Tekan 'Semak Permohonan' untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan
  • Tekan 'Perakuan' setelah selesai lengkapi keseluruhan butiran yang diperlukan
  • Kemudian status permohonan murid akan dipaparkan
  • Cetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan

SENARAI DOKUMEN

  • Buku Rekod Kesihatan Murid
  • Sijil Lahir Murid
  • Borang permohonan Tahun 1 
  • Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga
  • Sijil nikah
  • Sijil cerai / hak jagaan anak (jika berkaitan)
  • Bil utiliti : Bil air / telefon / ASTRO / elektrik

Post a Comment

0 Comments