TERKINI

6/recent/ticker-posts

Cara Reset Dan Tukar Password BKM Sekiranya Terlupa

 


Mungkin terdapat segelintir daripada pemohon baru atau yang ingin membuat kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) terlupa ID atau Password BKM mereka.

Sekiranya anda terlupa, sila rujuk langkah dibawah untuk reset id serta tukar password BKM sekiranya terlupa.

LOG MASUK myBKM

Menu log masuk myBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan BKM bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

Log Masuk myBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sudah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

Untuk pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan mencuba semula selepas 24 jam.

CARA RESET ID DAN TUKAR PASSWORD SEKIRANYA LUPA

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM tersebut :
  1. Log Masuk melalui laman web BKM seperti biasa
  2. Klik 'Log Masuk BKM'
  3. Klik 'Terlupa Kata Laluan'
  4. Masukkkan nombor MyKAD 12 digit dan klik 'Semak'
  5. Masukkan e-mel yang didaftarkan dan klik 'Seterusnya'
  6. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul dan kemudian klik 'Ya'
  7. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik 'Seterusnya'
  8. Masukkan kata laluan yang baru dan sahkan kata laluan. Kemudian klik 'Tukar Kata Laluan'
  9. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID yang dibuat berjaya

Sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan penukaran kata laluan, anda boleh terus hadir ke cawangan LHDNM berhampiran atau telefon talian Hotline BKM LHDNM 
  • 1-800-88-2747

TEMPOH PERMOHONAN DAN KEMAS KINI

Sebarang permohonan baharu dan kemas kini hanya dibuka sehingga 31 Januari 2022 sahaja. Diharapkan kesemua pemohon baru dan pemohon yang ingin membuat kemas kini, membuat perkara sedemikian secepat mungkin.

Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemas kini BKM 2022 secara manual.

Permohonan baharu dan kemas kini secara online turut dibuka melalui portal rasmi myBKM.

Post a Comment

0 Comments