TERKINI

6/recent/ticker-posts

Cara Daftar MyBSN Untuk Terima BKM Lebih Senang

 


Pembayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan seawal bulan Mac nanti. Kepada pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), anda akan menjadi penerima yang terawal untuk BKM.

Untuk pengetahuan anda, MyBSN adalah cara log in akaun BSN secara online yang telah diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan untuk melakukan transaksi dengan lebih mudah.

Kepada yang belum memiliki MyBSN, anda disarankan untuk mendftar ia untuk urusan yang lebih mudah.

CARA DAFTAR MYBSN

Berikut merupakan panduan pendaftaran MyBSN yang hanya dilakukan secara online sahaja.

1. Layari portal rasmi BSN di : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

2. Klik butang 'Register' yang terdapat pada paparan untuk membuat pendaftaran baharu

3. Baca kesemua terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh BSN. Untuk menggunakan perkhidmatan MyBSN, anda perlu tanda ruangan setuju atau accept.

4. Seterusnya, isi nombor Kad Bank beserta nombor CVV2 iaitu nombor 3 digit yang terdapat pada bahagian belakang kad bank.

5. Masukkan juga tarikh luput kad bank pada ruangan 'Expire Date'.

6. Seterusnya, masukkan nombor Kad Pengenalan anda

7. Masukkan username yang anda pilih

8. Tetapkan kata laluan anda log in MyBSN

9. Request OTP dan sahkan nombor telefon anda yang didaftarkan dan tekan ruangan confirm

10. Kod OTP akan dihantar melalui SMS

11. Pilih satu sahaja gambar pilihan dalam 'online image' tersebut. Kegunaan online image ini adalah untuk pengesahan setiap kali log in MyBSN

12. Klik submit dan pendaftaran anda berjaya.

CARA LOG IN MYBSN

  1. Masuk portal MyBSN seperti biasa
  2. Masukkan username yang telah didaftarkan
  3. Masukkan kata laluan
  4. Isikan maklumat peribadi anda setelah log masuk
  5. Pilih soalan rahsia anda
  6. Selesai

Post a Comment

0 Comments