TERKINI

6/recent/ticker-posts

In Feed

Bayaran Bantuan RM 150 Dibayar Hari Ini

 


Sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan yang telah mula diberikan kepada belajar sejak tahun 2012 lagi. 

Bantuan Awal Persekolahan ini merupakan bantuan setiap tahun yang diberikan kepada pelajar yang layak syarat kelayakannya.

Bantuan ini untuk meringankan beban ibu bapa yang menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak.

SYARAT KELAYAKAN

  • Pelajar Warganegara Malaysia
  • Pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5
  • Golongan keluarga yang berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah untuk setiap bulan
  • Pelajar bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta yang bukan sekolah antarabangsa

TARIKH BAYARAN

Pengumuman tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini sudah diumumkan beberapa hari lalu. Oleh itu, bayaran bantuan BAP 2022 akan bermula pada
  • 17 Januari 2022
Bayaran bantuan ini akan diagihkan kepada murid 
  • Tahun 2 sehingga Tingkatan 5 (Sesi 2022/2023)
  • Tahun 1 sehingga Tingkatan 4 (Sesi 2021/2022)
Sekiranya terdapat murid tidak hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan, bayaran akan diberikan ketika murid tersebut hadir termasuk hari ini.

Manakala, tarikh bayaran lain BAP akan bermula
  • Selepas Pendaftaran 21 Mac 2022
Bayaran ini hanya akan diberikan kepada pelajar tahun 1 sesi 2022/2023

JUMLAH BANTUAN

Sedia maklum bahawa pembayaran BAP untuk tahun 2022 adalah tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Pembayaran BAP sebelum ini adalah RM 100 per murid. Manakala, bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2022 ialah
  • RM 150 seorang
Sekiranya anda mempunyai 2 orang anak, jumlah keseluruhan ialah RM 300. Untuk pengetahuan anda, bantuan ini adalah secara sekali bayar sahaja (one-off). Ini bermaksud, anak anda akan menerima RM 150 (seorang) untuk sekali sahaja.


Post a Comment

0 Comments