Bantuan Hari Raya Berjumlah RM 400

 


Kerajaan Negeri Terengganu mengembalikan pemberian dana raya kepada rakyat negeri yang layak melalui bantuan i-Fitri pada tahun hadapan.

Bantuan ini dikatakan akan diberikan kepada golongan yang berkeperluan dan jumlah pemberian sehingga RM 400.

i-FITRI 

i-Fitri adalah sejenis bantuan yang akan diberikan kepada rakyat yang layak pada tahun ini. Pemberian bantuan ini adalah sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 nanti.

Bantuan ini adalah bantuan yang diberikan semasa pembentangan Bajet 2022 Kerajaan Negeri. Ia sudah tentu bertujuan untuk meringankan beban rakyat.

JUMLHA BANTUAN

2 jenis bantuan diberikan, berdasarkan syarat kelayakan terutamanya pendapatan bulanan

1. Bantuan berjumlah RM 400 kepada penerima B40

2. Bantuan berjumlah  RM 250 kepada penerima M40

SYARAT KELAYAKAN

Buat setakat ini, tiada syarat kelayakan rasmi diberikan. Tetapi ia hanya berdasarkan kategori rakyat. Sekiranya tergolong dalam B40 maka RM 400 akan diterima.

CARA PERMOHONAN

Tiada kaedah untuk permohonan diumumkan setakat ini. Dijangkakan pembiaran bantuan adalah pada akhir bulan ramadan nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post