TERKINI

6/recent/ticker-posts

Renew Lesen Memandu & Roadtax Anda - Renew Sebelum 30 September -Tiada Lagi Lanjutan!


MAKLUMAN TARIKH AKHIR PEMBAHARUAN LMM DAN LKM (RENEW LESEN & ROADTAX)
  • Pemandu & pemilik kenderan diingatkan agar memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.
  • Urusniaga pembaharuan LMM & LKM boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal MySikap, atau juga di kaunter JPJ secara temujanji atau melalui rakan strategik JPJ iaitu Myeg & Pos Malaysia (bermula dari 9 Ogos 2021).
  • Aktiviti pemantauan pematuhan & penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasa JPJ & Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula dari 1 Oktober 2021.
  • Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) (termasuk PSV/GDL) yang akan tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021, diberikan kelonggaran untuk memperbaharui LKM & LMM mulai dari 1 Ogos sehingga 30 September 2021.
Orang ramai perlu memastikan kenderaan yang dimiliki masih dilindungi insurans yang sah & menunjukkan (e-cover note insurance) kepada anggota penguatkuasa .


Kaunter Bagi Urusan JPJ Akan Dibuka Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos 2021
  • Segala urusan akan dilayan jika mempunyai janji temu sahaja.
  • Kaunter Pejabat Pos Malaysia juga akan dibuka bagi urusan JPJ mulai dari tarikh 9 Ogos 2021.
  • Sila pastikan anda membuat temujanji secara atas talian atau melalui telefon terlebih dahulu.


Post a Comment

0 Comments