TERKINI

6/recent/ticker-posts

Cara Semakan Status & Tarikh Pembayaran i-Citra Ogos 2021


Makluman untuk semua rakyat Malaysia bayaran i-Citra dah Masuk! Pembayaran akan dibuat secara berperingkat untuk bayaran Bulan Pertama iaitu bulan Ogos. Apa yang difahamkan ,pembayaran iCitra KWSP telah mula dikreditkan bermula pada 2 Ogos 2021 ini.Perkara ini sedikit sebanyak membantu rakyat Malaysia dalam kelangsungan hidup yang serba mencabar dengan bantuan pengeluaran Wang Simpanan milik mereka sendiri .Segelintir pemohon telah mendapat pembayaran pengkreditan KWSP i-Citra ke dalam akaun masing-masing.

Bagaimana Cara Semakan Tarikh Bayaran i-Citra Melalui i-Akaun?
  1. Buka applikasi i-Akaun melalui Smartphone atau Laman web rasmi
  2. Buka laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  3. Gunakan ID & Password yang telah anda didaftarkan untuk login
  4. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  5. Sila klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY
  6. Seterusnya klik dipaparan yang bertulis i-Citra
Tarikh Bayaran i-Citra

Tarikh Bayaran i-Citra Bagi Bulan-bulan Berikutnya (Jadual Bulanan)
Seperti i-Sinar, bayaran bagi i-Citra juga turut ditetapkan oleh pihak KWSP dan anda dibenarkan semak tarikh akhir penerimaan bayaran pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di Applikasi dan Laman Web i-Akaun KWSP.
Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (ini bermaksud jika anda mendapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua juga akan diterima sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU Maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
Sebelum akhir bulan berkenaan
Sebagai makluman, pegawai KWSP telah memaklumkan bahawa setiap pemohon boleh  semak status mereka bagi mendapatkan info lanjut & yang terkini mengenai maklumat pembayaran i-Citra mereka.

Terdapat 2 kaedah untuk membuat semakan status permohonan i-Citra secara online  menyemak ;
Cara Semakan i Citra KWSP
A) Melalui Laman Web i-Citra KWSP
  1. Sila layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Boleh menekan menu Semakan Status
  3. Sila masukkan nombor MYKad & Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Boleh tekan pada butang Semak Status.
  5. Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.
B) Melalui Laman Web i-Akaun KWSP
  1. Sila buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Sila log masuk menggunakan ID & password yang telah didaftarkan.
  3. Sila klik pada pada menu “Withdrawal History” &“i-Citra”.
  4. Status permohonan terpapar. Jika ditulis “Approved” bermaksud telah LULUS
* Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat 

Post a Comment

0 Comments