TERKINI

6/recent/ticker-posts

Bayaran i-Sinar Julai Dilaksanakan Sehingga 10 Julai Sahaja


Umum mengetahui bahawa bulan Julai merupakan antara bulan terakhir pembayaran i-Sinar. Ramai diantara para penerima i-Sinar telah habis dibayar pada bulan Jun lalu. Kini hanya baki penerima yang lewat mandaftar i-Sinar tempoh hari.

Setelah hampir enam (6) bulan i-Sinar diperkenalkan kini ia akan diganti dengan i-Citra. Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima (5) bulan.

Pelaksanaan i-Sinar ternyata sangat membantu para pencarum bagi mengharungi pandemik ini.

Pembayaran i-Sinar Julai

i-Sinar merupakan satu kemudahan dimana para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP mereka daripada Akaun 1.

Pihak KWSP baru sahaja mengumumkan bahawa pembayaran i-Sinar Julai akan dibayar secara berperingkat sehingga 10 Julai 2021.


Jadual Pembayarn i-Sinar Julai 2021

Pembayaran i-Sinar untuk bulan Julai dijangkakan akan bermula pada 1 Julai nanti. Tetapi pihak KWSP telah mengawalkan tarikh bayaran dengan  menukarkan tarikh pada i-Akaun masing-masing.

Oleh itu, pembayaran telah diawalkan bermula 1 Julai 2021. Seperti biasa pembayaran adalah secara berperingkat.

Penerima kumpulan/ batch pertama akan menerima wang bermula 1 Julai  dan diikuti oleh kumpulan/ batch seterusnya.

Maklumat Pembayaran
  • Sekiranya pembayaran bermula pada 1 Julai 2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar pada 1 Jun 2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 2 Julai 2021 makan penerima pada 2 Jun 2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 3 Julai 2021 maka penerima pada 3 Jun 2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
Cara Semakan Tarikh Pembayaran (i-Akaun)

Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda tatacara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.

1. Buka aplikasi i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal History di ruangan sebelah kiri.
4. Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua.
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar anda akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut
  • Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

Post a Comment

0 Comments