TERKINI

6/recent/ticker-posts

Bantuan RM600 Untuk Pekerja Di Malaysia Selama 4 Bulan 2021


Untuk makluman, Program Subsidi Upah atau PSU merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang meraih pendapatan RM4,000 ke bawah.

Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, pihak kerajaan telahpun membelanjakan lebih Rm15 billion bagi tujuan membantu para majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. Memandangkan respon positif berhubung dengan program ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 billion yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 2.5 juta pekerja.

Melalui inisiatif PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap pekerja bagi setiap majikan bagi tujuan membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan para pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Utusan Kerjaya akan kongsikan maklumat lanjut berkenaan Program Subsidi Upah 4.0 dan bantuan ini.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: t.me/portalsemakan

Program Subsidi Upah 4.0

Melalui inisiatif dan bantuan PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung:
  • 500 pekerja setiap majikan.
  • Kadar bayaran RM600 setiap pekerja.
  • Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan yang mana ada dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun melalui PSU 4.0:
  • Tiada had gaji ditetapkan.
  • Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000.
Senarai bantuan kerajaan yang boleh dimohon:
Tatacara Permohonan


Untuk pengetahuan anda, permohonan mestilah dilakukan oleh pihak majikan. Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0 bagi mendapatkan bayaran untuk pekerja boleh ikut langkah seperti berikut:
  • Permohonan boleh dikemukakan secara online: klik DISINI
  • Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan.
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
Bagi mendapatkan panduan yang lebih terperinci, anda boleh rujuk panduan Program Subsidi Upah 3.0 yang lepas. Maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat maklumat baharu.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.


Post a Comment

3 Comments

  1. nak daftar untuk bantuan pekerja tu cam mane ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa ade link utk Apply.tapi x ade pun.mungkin kena gi google search sana n apply kot

      Delete