TERKINI

6/recent/ticker-posts

PEMERKASA Tambahan: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan RM500

0

Pada 31 Mei 2021, satu pengumuman mengenai pakej bantuan iaitu PEMERKASA Tambahan telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa pakej bantuan PEMERKASA Tambahan dibentangkan, Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa inisiatif dengan tujuan meringankan beban rakyat yang terkesan akibat 'Total Lockdown' (PKP3.0).

Antara inisiatif yang diumumkan ialah penambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).




Amaun Tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa jumlah yang akan diberikan ialah sehingga RM500. Berikut merupakan golongan yang bakal menerima BPR Tambahan:

1. Isi Rumah yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah
  • Bantuan tambahan sebanyak RM500
2. Isi Rumah yang berpendapatan RM2,501 - RM4,000
  • Bantuan tambahan sebanyak RM300
3. Isi Rumah yang berpendapatan RM4,001 - RM5,000
  • Bantuan tambahan sebanyak RM300
4. Bujang 
  • Bantuan tambahan berjumlah RM100
Tarikh Bayaran BPR Tambahan

Insentif BPR tambahan ini akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing bermula Jun depan.

Buat masa sekarang masih belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kami dari Utusan Kerjaya akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Intipati Bantuan PEMERKASA Tambahan

Ramai di kalangan mereka yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 ini terutamanya kepada golongan B40 & M40. Oleh itu, Perdana Menteri telah pun merangka beberapa pelan serta bantuan yang akan diberikan kepada rakyat dengan tujuan untuk meringankan beban rakyat.

Senarai Intipati Bantuan PKP 3.0

Berikut merupakan intipati bantuan PKP 3.0:
  • Peruntukan RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil
  • Perbelanjaan sebanyak RM550 juta untuk menangani wabak COVID-19
  • Lantikan sebanyak 14,500 pekerja kontrak petugas kesihatan
  • Mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia
  • Peruntukan RM2.0 billion untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan
  • BPR Tambahan sehingga RM500 pada bulan Jun
  • Bantuan Moratorium & pembayaran balik kepada B40, hilang pekerjaan & PKS terjejas pada Jun
  • Moratorium automatik selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
  • Geran Khas Prihatin (GKP) akan ditambah menjadi RM1,500
  • Rayuan tangguh pengenaan penalti LHDN
  • Pengecualian Bayaran Lewat Lesen bagi golongan yang terjejas
  • Akta 829: Membantu Individu & Perniagaan Yang Terjejas
  • Pelaksanaan Diskaun Bil Elektrik 10% Kepada 6 Sektor: Tambahan 3 bulan (Julai -September)
  • Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
  • Lanjutan pengecualian cukai jualan (SST)
  • Para Menteri tidak mengambil gaji selama 3 bulan
  • Lanjutan program subsidi upah selama setahun

Post a Comment

0 Comments