TERKINI

6/recent/ticker-posts

Pakar Ekonomi Cadang Beri Kelonggaran Keluar i-Sinar Secara Bersasar


Kelonggaran untuk mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar kepada golongan yang terkesan wajar dilakukan oleh kerajaan.

Merujuk Pakar Ekonomi Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazli Abu Mansor berkata, pihak KWSP perlu mengenal pasti golongan yang betul-betul terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut beliau, kelonggaran tersebut perlu dilaksanakan bagi mengelakkan golongan tersebut terlibat dengan peminjaman wang haram.

“Benarkan orang yang betul-betul susah keluarkan i-Sinar ini kerana untuk menampung kehidupan masa kini dan masa depan belum tentu lagi.

“Hal ini kerana kita sangat risau, kalau seseorang tak dapat keluarkan duit i-Sinar mereka akan pergi cari ah long, dah tambah masalah sebab nak pinjam daripada bank tidak boleh.

“Jadinya, berilah kelonggaran sebab tua itu belum pasti berlaku, sekarang ini mereka tengah hadapi kesusahan”, katanya kepada Sinar Harian.

Pada hari Selasa, kerajaan disaran melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengeluaran caruman daripada KWSP untuk i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 cuma membawa penurunan 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan aset tabungan itu.

Dalam pada itu, Shazli berkata, keperluan rakyat adalah yang utama berbanding prestasi semasa KWSP.

Sehubungan itu, KWSP perlu lebih kreatif dalam mengawal prestasi untuk diagihkan kepada pencarum.

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments