TERKINI

6/recent/ticker-posts

i Sinar: Tarikh Bayaran Akhir Bulan Julai Kategori 2


Masih ramai penerima i-Sinar yang menanti bila tarikh rasmi pembayaran i-Sinar bulan Jun akan dikreditkan ke akaun maisng-masing. Persoalan yang paling utama ialah bilakah tarikh akhir pembayaran i-Sinar ini.

Umum mengetahui bahawa ramai pemohon kategori 1 yang telah menerima pembayaran i-Sinar bermula Januari lalu dengan lancar. Justeru, disebabkan tempoh pembayaran i-Sinar adalah selama 6 bulan sahaja, bulan 6 ini merupakan bulan bayaran terakhir bagi penerima i-Sinar KWSP ini. 

Tetapi, berbeza pula bagi penerima yang tergolong dalam kategori 2 yang telah membuat pindaan, anda berkemungkinan akan menerima pembayaran terakhir pada Julai 2021 ini.

Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada anda cara untuk menyemak pembayaran i-Sinar bulan Julai bagi kategori 2.


Tarikh Bayaran i-Sinar Jun 2021

Bayaran i-Sinar bulan Julai akan dikreditkan secara berperingkat bermula minggu pertama hari bekerja iaitu dijangka pada:
  • 1 Julai - 10 Julai 2021
Kebiasaannya, pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing.

Semakan Tarikh Akhir Pembayaran Kategori 2

Anda perlulah membuat semakan tarikh pembayaran i-Sinar pada bahagian 'Monthly Recurring End Payment Date' pada i-Akaun KWSP.

Sekiranya anda telah membuat pindaan amaun, contohnya sebelum ini akaun anda telah tamat tempoh (expired), hal ini kerana pihak KWSP telah habis membayar jumlah yang dipohon, nanti apabila anda membuat pindaan, akaun anda akan kembali berstatus 'Active & Recurring Date' sampai tarilkh akhir pembayaran dibuat.

Oleh itu, pembayaran akhir bergantung kepada tarikh lulus bayaran pertama anda. Anda boleh semak tarikh pembayaran anda melalui i-Akaun seperti langkah yang dikongsikan di bawah.

Perincian Pembayaran i-Sinar

Bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:
  • Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (jika bayaran pertama pada 6 Mac, bulan seterusnya juga anda akan terima pada 6 April, 6 Mei dan juga pada 6 Jun jika jatuh pada hari bekerja).
  • Maksimum dalam tempoh 2 minggu; atau
  • Sebelum akhir bulan.
Cara Membuat Semakan Status Bayaran

Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda tatacara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.

1. Buka aplikasi i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal History di ruangan sebelah kiri.
4. Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua.
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar anda akan dipaparkan.


Semakan Status i-Sinar Melalui Portal i-Sinar
  • Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  • Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS.
  • Isikan maklumat yang diminta.
  • Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan.
Tarikh Akhir Permohonan i-Sinar

Maklumat Lanjut
  • Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

Post a Comment

1 Comments

  1. Nak Tanya, kalau before dah angat
    Boleh sambung lagi ke tak

    ReplyDelete