TERKINI

6/recent/ticker-posts

i Sinar KWSP: Permohonan Baharu Pengeluaran RM10,000 Tanpa Syarat


Berita baik buat mereka yang tidak kesempatan untuk membuat permohonan i-Sinar KWSP pada tempoh lalu. Kini, anda boleh melakukan permohonan baharu i-Sinar KWSP tanpa syarat sehingga 30 Jun 2021 ini.

Sebelum ini, KWSP hanya mengumumkan secara umum dimana ahli boleh membuat pengeluaran i-Sinar KWSP RM4,000 sehingga RM10,000 melalui i-Sinar.


Untuk makluman, permohonan ini terbuka kepada mereka yang belum pernah membuat permohonan atau pengeluaran i-Sinar KWSP.

Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada anda cara terkini untuk membuat permohonan baharu. Sila baca dengan teliti.

Join Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan

Selepas i-Lestari, KWSP telah membuka permohonan pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 dari Akaun 1 melalui i-Sinar.

Pada sebelum ini, permohonan i-Sinar terbahagi kepada 2 kategori yang telah ditetapkan oleh i-Sinar. Tetapi untuk yang terbaru, syarat itu dibatalkan dan telah ditambahbaik.

Anda tidak perlu lagi mengemukakan dokumen pengurangan pendapatan seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Syarat Kelayakan Baharu

Antara syarat kelayakan baharu adalah:
  • Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  • Berumur di bawah 55 tahun.
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150.
Ini bermakna, sesiapa sahaja yang mempunyai akaun KWSP boleh membuat pengeluaran wang tunai dari Akaun 1 mereka.

Amaun Kelayakan i-Sinar

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 ahli seperti berikut:


Apakah Perkara Penting Yang Perlu Saya Lakukan Sebelum Memohon i-Sinar?

1. Bagi melancarkan urusan permohonan anda nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kiosk KWSP dan mengemaskini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada pihak KWSP semasa pendaftaran:
  • Masih aktif.
  • Milik anda.
  • Bukan akaun bersama.
  • Bukan akaun syarikat.
Panduan Permohonan Baharu i-Sinar
  1. Layari portal i-Sinar KWSP dan klik pada 'Permohonan Baharu'.
  2. Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon terkini.
  3. Klik 'Teruskan'.
  4. Jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan; atau
  5. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui sms dan tekan Sahkan OTP.
  6. Tetapkan Amaun Pilihan.
  7. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan Teruskan.
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi.
  9. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan Teruskan.
  10. Semak semua maklumat dan tandakan setuju sebelum tekan butang Hantar.
  11. Permohonan anda diterima dan akan diproses.
Carta Alir Permohonan Baharu i-Sinar


Tarikh Akhir Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat Baharu
  • Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021.

Soalan Lazim

1. Adakah bayaran interim sebanyak RM1,000 masih dibayar?
  • Bayaran interim tidak lagi dibayar kerana permohonan akan diproses dengan segera.
2. Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan?
  • Tidak perlu, berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria, permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan seperti di Soalan 3.
3. Adakah saya perlu mengemukakan bukti pengurangan pendapatan untuk memohon i-Sinar tanpa kriteria?
  • Tidak. Kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar tanpa kriteria ini.
4. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan saya 'Sedang Diproses'. Adakah saya perlu membuat permohonan semula?
  • Tidak. Anda tidak perlu membuat permohonan semula kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.
5. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan memerlukan saya untuk 'Muat Naik Dokumen Sokongan'. Adakah saya perlu memuat naik dokumen yang diperlukan?
  • Tidak. Anda tidak lagi perlu untuk mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Post a Comment

0 Comments