TERKINI

6/recent/ticker-posts

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Sehingga RM1,300


Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merangkumi bantuan terbaru bagi golongan yang memerlukan.

Salah satu bantuan yang telah diumukan oleh Perdana Menteri menerusi inisiatif PEMULIH ialah Bantuan Khas COVID-19 atau dalam singkatannya dipanggil BKC.

Tujuan utama BKC ini diperkenalkan kerajaan menerusi PEMULIH adalah bagi memastikan rakyat menerima bantuan pada bulan-bulan mendatang pada tahun 2021. Hal ini kerana bantuan tersebut merupakan bantuan berskala besar.


Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 billion yang akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas dan golongan bujang.


Matlamat PEMULIH

Menerusi pelaksanaan PEMULIH, kerajaan menetapkan 3 matlamat utama iaitu:
  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.
  • Menyokong Perniagaan.
  • Meningkatkan Program Vaksinasi.
Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Berikut dikongsikan perincian pemberian Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:

Kategori Miskin Tegar (Isi Rumah & Bujang)
  • Pertama, isi rumah bagi kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 ringgit pada bulan Disember.
  • Manakala inidividu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.
Kategori B40 (Isi Rumah & Bujang)
  • Kedua, isi rumah bagi kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos RM300 pada bulan Disember.
  • Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.
Kategori M40 (Isi Rumah & Bujang)
  • Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250.
  • Manakala bagi bujang pula akan menikmati bantuan RM100 pada bulan Ogos nanti.
Cara Permohonan

Bagi permohonan BKC, maklumat lanjut mengenai tatacara membuat permohonan akan diberitahu dari semasa ke semasa selepas diumumkan oleh Kemeterian Kewangan Malaysia.

Jika anda tidak mahu terlepas dan ingin jadi orang yang terawal memohon, join channel telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan

Soalan Lazim

1. Siapakah yang layak menerima bantuan BKC ini?
  • Terdapat 3 kategori penerima yang layak menerima BKC iaitu miskin tegar, B40 dan M40.
2. Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima bagi penerima yang layak?
  • Jumlah bayaran yang akan diterima adalah daripada RM100 kepada RM1,300 mengikut kategori penerima.
3. Bilakah bayaran BKC akan dibuat?
  • Pembayaran BKC akan dibuat pada bulan Ogos, November dan Disember mengikut kategori penerima.
4. Apakah matlamat utama pelaksanaan BKC?
  • Matlamat utama pelaksanaan BKC bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.
Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan PEMULIH, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/

Sumber: Portal Info

Post a Comment

2 Comments

  1. Lancau. Nak mohon pun guna telegram bodoh tu. Kalau nak bagi ikhlas bagi je la ke dlm bank akaun. Ni nak kena install telegram la macam2 lah. Boleh blah lah kerajaan poyo skg ni. Fedup aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan telegram yg bodoh, tpi sdare yg bodoh.. Kiki

      Delete