TERKINI

6/recent/ticker-posts

i-Sinar: Pembayaran Seterusnya Bermula Pada 3 Mei 2021

Seperti yang sedia maklum, pembayaran i-Lestari telah pun melabuhkan tirainya. Ramai di kalangan pemohon serta penerima berharap kerajaan dapat melanjutkan i-Lestari pada bulan akan datang. Tetapi buat setakat ini, masih belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung perkara i-Lestari.


Kini, pembayaran untuk bulan Mei i-Sinar pula ditunggu oleh penerima.

Sedia maklum bahawa, i-Sinar merupakan pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat sewaktu pandemik Covid-19  sama seperti i-Lestari.

Pembayaran i-Sinar Bulan Mei (Kategori 1&2)

Sama seperti pembayaran i-Sinar sebelum ini. Pembayaran akan dikreditkan dahulu kepada penerima Kategori 1 dan setelah itu Kategori 2. 

Bagi pembayaran untuk bulan Mei, ia dijangkakan akan dikreditkan seawal 3 Mei 2021 iaitu jatuh pada hari isnin.

Pembayaran tidak dilaksanakan pada 1 Mei 2021 kerana tarikh tersebut jatuh pada hari sabtu dan sambutan Hari Pekerja.

Tarikh Pembayaran Dipaparkan Pada i-Akaun Anda


Sama juga seperti sebelum ini, sekali lagi KWSP telah mengemaskini tarikh pembayaran untuk bulan Mei.

Melalui informasi awam, terdapat penerima yang sepatutnya terima bayaran lewat tetapi telah diawalkan setelah pengemaskinian dilakukan.

Seperti contoh gambar di atas, jelas dipaparkan tarikh pembayaran terakhir ialah pada 4 Jun 2021. Ini bermakna pembayaran untuk bulan Mei juga ialah pada tanggal 4 Mei 2021.

Jadual Pembayaran i-Sinar Mei
  • Sekiranya pembayaran bermula pada 3 Mei 2021. Penerima yang akan terima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar April pada 1 April 2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 4 Mei 2021 maka penerima pada 2 April 2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 5 Mei 2021 maka penerima pada 5 April 2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Dan begitulah yang seterusnya. Pembayaran ini mengikut batch/ kumpulan masing-masing.
  • Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu (tidak dinyatakan).

Post a Comment

0 Comments