TERKINI

6/recent/ticker-posts

MyKasih Kapital: Permohonan Bantuan Modal Perniagaan RM1000


Anda seorang wanita yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan? Tetapi tiada modal? Usah khuathir! Anda kini boleh memohon bantuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) ialah Bantuan MyKasih Kapital.

Pada sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin talah mengumumkan bantuan modal perniagaan kepada golongan wanita sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 mac 2021 yang lalu.

Kepada anda yang berminat untuk memohon inisiatif ini, sila rujuk perkongsian yang akan kami kongsikan kepada anda semua.

Baca Juga:

Untuk makluman anda, permohonan bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan usahawan wanita yang memerlukan modal perniagaan adalah dialu-alukan untuk memohon.


Objektif MyKasih Kapital

Antara objektif pelaksanaan Inisiatif MyKasih Kapital adalah seperti berikut:
  • Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik Covid-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  • Untuk membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  • Pendekatan yang mengoptimumkan potensi seseorang individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus begantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang dikehendaki untuk memohon Bantuan MyKasih Kapital:
  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Permohonan ini dubuka untuk golongan wanita sahaja.
  3. Pemohon ialah ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga.
  4. Pemohon ialah individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian.
  5. Pemohon ialah wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan mencari nafkah disebabkan sakit.
  6. Pemohon berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.
Tatacara Memohon

Untuk melakukan permohonan, sila rujuk langkah-langkah yang dikongsikan dengan teliti:
  1. Klik pada pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScN38AiRaxxGVjsxHiOzWr4sD6-kF1rRKbXtbNgwQF2Db3bQw/viewform
  2. Sila isi maklumat yang ada di dalam setiap ruangan dan klik btang 'Next' pada akhir setiap paparan.
  3. Pastikan setiap maklumat yang diisi adalah tepat dan betul.
  4. Pada akhir paparan, klik pada butang 'Submit' untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi urus setia Program Bantuan Mykasih Kapital di talian 03-8323 2433 atau terus ke pejabat di alamat:

Urus Setia Program Bantuan MyKasih Kapital,
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia,
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana
Presint 4, 61200 Putrajaya

Post a Comment

0 Comments