TERKINI

6/recent/ticker-posts

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 Dijangka Masuk Sebelum Aidilfitri

 Bantuan Prihatin Rakyat

Baru-baru ini heboh mengenai pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2. Isu ini berlaku disebabkan tarikh pembayaran yang semaki dekat.

Ketika pengumuman pembayaran Fasa 1 yang lalu iaitu pada bulan Februari, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz ada menyatakan bahawa pembayaran Fasa 2  akan bermula pada bulan Mei.

Pembayaran Fasa 2 BPR

Pada tahun ini, Mei merupakan bulan di mana umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu rakyat akan keluar untuk membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain bagi menyambut Hari Raya.

Oleh itu, rakyat sangat berharap yang pembayaran BPR Fasa 2 akan dikreditkan sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba tidak lama lagi.

Ramai pihak yang menjangkakan bahawa pembayaran sudah tentu akan dilaksanakan sebelum Aidilfitri termasuklah kenyataan media daripada TV3.

Kenyataan Berita

Pihak TV3 juga menganggarkan pembayaran BPR Fasa 2 akan dilaksanakan dilaksanakan sebelum perayaan Aidilfitri.

Anda boleh lihat perkongsian gambar di bawah yang menjelaskan secara visual tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Gambar di bawah menyatakan bahawa pembayaran akan dilakukan sebelum perayaan Aidilfitri nanti.


Jumlah Kadar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Mengikut Pendapatan

Kategori 1
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah.
  • Bantuan berjumlah RM1,200 bagi yang mempunyai tidak lebih daripada 1 orang anak.
  • Bantuan berjumlah RM1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih.

Kategori 2
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM2,501 hingga RM4,000
  • Bantuan berjumlah RM800 bagi yang mempunyai satu orang anak.
  • Bantuan berjumlah RM1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih.
Kategori 3
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini akan diberikan kepada Isi Rumah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah.
  • Bantuan berjumlah RM500 bagi yang mempunyai 1 orang anak.
  • Bantuan berjumlah RM700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih.
Kategori Bujang
  • Bantuan ini akan diberikan kepada Bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah.
  • Terbuka kepada bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas.
  • Jumlah bantuan ialah RM350 seorang.



Post a Comment

0 Comments