TERKINI

6/recent/ticker-posts

Tarikh Pembayaran Bagi GKP PERMAI Tambahan RM1000

 

Untuk makluman anda, Geran Khas Prihatin (GKP) merupakan pakej rangsangan berbentuk kewangan yang akan diberikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Jumlah keseluruhan bagi Geran Khas Prihatin (GKP) termasuk di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang akan disalurkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah berjumlah RM3.35 billion.

TARIKH PEMBAYARAN GKP TAMBAHAN RM1000

Tarikh bermula pembayaran GKP Permai ini adalah pada bulan Mac. Hal ini bermakna, dalam beberapa hari lagi penerima akan menerima bayarannya.

Kepada anda yang masih tidak pasti sama ada anda penerima GKP ataupun tidak, bolehlah semak di laman web https://gkp.hasil.gov.my

KEMASKINI AKAUN BANK

Terdapat beberapa kes di mana pembayaran tidak berjaya disebabkan akaun bank bermasalah. Maka, anda perlu membuat kemaskini akaun bank sebelum 15 Mac 2021.

Rujuk contoh gambar di bawah


NOTIS MENGENAI KEMASKINI DARIPADA LHDN


BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN GKP PERMAI?
  • Mac 2021
BERAPAKAH JUMLAH GKP PERMAI
  • RM500 atau RM1000
ADAKAH PERMOHONAN PERLU DIBUAT?
  • Tidak, penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan layak menerimanya

Post a Comment

0 Comments