TERKINI

6/recent/ticker-posts

Biar Betul?! Sewa Rumah RM124 Je Sebulan! Ini Syarat & Panduan Permohonan Rumah PPR


Tahukah anda? Sekiranya pendapatan isi rumah korang bawah RM3000, korang sebenarnya boleh mohon untuk sewa Program Perumahan Rakyat atau PPR dengan bayaran RM124 sahaja setiap bulan! Berbaloi kan?

Sebelum membuat permohonan, korang kena tahu dulu syarat-syarat yang telah ditetapkan, syaratnya tak banyak pun yang penting cukup semua ni. Sila rujuk perkongsian di bawah ya.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PPR (DISEWA)

Berikut admin kongsikan syarat-syarat yang perlu dipenuhi, sila baca dengan teliti ya.
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Perolehi pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
  • Belum memiliki rumah
  • Menepati syarat tambahan yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri
Okay admin bagi situasi begini, jika gaji suami RM1,500 sebulan dan gaji isteri RM1,300 campurkan akan jadi RM2,800. Maka layaklah untuk mohon sewa PPR ni. Jika suami je yang bekerja dan gaji RM2,000 pon layak memohon.

KELENGKAPAN RUMAH
  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu
  • Ruang dapur
KEMUDAHAN AWAM
  • Gerai makan
  • Surau
  • Tadika 
Bagus bukan? Jadi, bagaimana nak mohon rumah PPR sewa ni? Sila ikut perkongsian yang admin kongsikan ini.

PANDUAN PERMOHONAN PPR UNTUK DISEWA

Untuk pengetahuan semua, tak susah mana pon permohonan PPR ni, cuma perlu ikut langkah-langkah yang diberikan serta tertakluk kepada kekosongan yang ada. Permohonan juga boleh dilakukan megikut negeri di mana pemohon boleh hadir ke kaunter untuk membuat permohonan.

PERMOHONAN PPR BAGI SETIAP NEGERI

Selain menggunakan sistem SPRN yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan akan dijelaskan lebih lanjut di bawah, setiap negeri juga ada cara mohon tersendiri. Pemohon boleh rujuk portal PPR atau hubungi talian bantuan negeri masing-masing seperti berikut:
  1. Kuala Lumpur: klik DISINI
  2. Selangor: klik DISINI
  3. Negeri Sembilan: klik DISINI
  4. Melaka: klik DISINI
  5. Johor: klik DISINI
  6. Pahang: klik DISINI
  7. Terengganu: klik DISINI
  8. Kelantan: klik DISINI
  9. Perlis: klik DISINI
  10. Kedah: klik DISINI
  11. Pulau Pinang: klik DISINI
  12. Perak: klik DISINI
  13. Labuan: klik DISINI
  14. Sabah: klik DISINI
  15. Sarawak: klik DISINI
PERMOHONAN PPR ONLINE (PORTAL TEDUH)

Korang juga boleh mohon terus menggunakan Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN) atau dikenali sebagai Portal Teduh yang diperkenalkan KPKT. Sila ikuti langkah ringkas berikut.



2. Klik pada pautan Daftar Akaun seperti gambara rajah di bawah.


3. Sila isikan Nama, No Kad Pengenalan dan Emel lalu klik pada butang Daftar. Notifikasi 'Sila semak emel anda' akan dipaparkan.





4. Semak emel yang telah didaftarkan dan klik pautan yang diberikan untuk aktfikan akaun pengguna.


5. Cipta kata laluan baru dan klik SIMPAN. Sila pastikan kata laluan anda mudah untuk diingati.


6. Log Masuk Pemohon dengan isikan No Kad Pengenalan dan klik butang Log Masuk.


7. Tiba di 'DASHBOARD' SPRN, klik pautan Pilih Skim


8. Sila baca syarat kelayakan untuk setiap skim dan pilih projek yang dibuka untuk permohonan dengan klik butang Pilih Skim PPR DISEWA


9. Sila ikuti arahan selanjutnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan sehingga selesai proses pendaftaran.
10. Setelah lengkap permohonan, boleh kemaskini permohonan dengan klik butang Kemaskini Permohonan.


Panduan lengkap pendafatran boleh rujuk DISINI. Kalau nak tengok-tengok dulu senarai Projek PPR yang ada baru mohon pon boleh. Layari saja PORTAL TEDUH dan pilih skim PPR Disewa dan Negeri lalu klik butang CARI.

NOTA: Semua permohonan adalah melalui dalam talian (ONLINE). Permohonan manual tidak diterima.


Mudah je kan? Semua benda boleh buat online je dekat rumah, tak perlu keluar rumah lagi-lagi waktu pkp ni. Korang juga tak perlu naik turun naik turun pejabat. Jangan lupa share artikel ini kepada orang lain agar dapat membantu mereka dalam kesusahan. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments