TERKINI

6/recent/ticker-posts

Tersilap Tarik Amaun Pengeluaran i-Sinar? Kini Anda Sudah Boleh Membuat Pindaan Amaun!

Seperti yang kita sedia maklum, ramai pemohon i-Sinar tersalah tarik amaun ketika permohonan dibuat. Ramai di antara mereka gelisah kerana tidak dapat membuat penukaran jumlah pengeluaran.

Namun kini anda tidak perlu risau, bermula sahaja 8 Mac 2021, anda sudah boleh membuat pindaan amaun pengeluaran.

Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan langkah-langkah yang memudahkan urusan anda untuk penukaran jumlah pengeluaran i-Sinar.

PINDAAN AMAUN PENGELUARAN I-SINAR

Berita gembira buat semua ahli KWSP, bermula sahaja 8 Mac 2021, anda semua telah diberikan kelonggaran untuk melakukan pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di lama i-Sinar online.

Untuk pengetahuan anda, laman web rasmi i-Sinar KWSP telah pun dikemaskini bagi memudahkan urusan anda semua.



PENGUMUMAN PENTING

Berikut merupakan butiran penting yang perlu anda ketahui tentang pindaan amaun yang dimaklumkan oleh pihak KWSP.

Antaranya ialah
  1. Pindaan bagi amaun hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
  2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat pemohon pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
  3. Sila pastikan bahawa anda mempunyai maklumat permohonan pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemaskini maklumat.
  4. Anda boleh melakukan kemaskini nombor telefon bimbit serta maklumat berkaitan bayara seperti butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
  5. Bagi anda yang memilih mengemaskini butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut: 
  • Akaun milik pemohon mestilah aktif
  • Bukan akaun bank bersama (joint account)
  • Bukan akaun bank atas nama syarikat

TATACARA TUKAR AMAUN i-SINAR MELALUI PORTAL i-SINAR

1. Pertama sekali layari lama web rasmi i-Sinar. (klik DISINI)
2. Klik pada 'Pindaan Pengeluaran'
3. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang telah didaftarkan.
4. Isikan semula amaun pilihan yang baharu.
5. Kemaskini maklumat pemohon seperti nombor akaun bank sekiranya ada perubahan.
6. Sahkan permohonan dengan melihat semua maklumat yang dinyatakan di ruang pengesahan permohonan dan klik HANTAR.


TARIKH BAYARAN & STATUS KELULUSAN PINDAAN AMAUN

Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh masa LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual yang baharu.

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan i-Sinar KWSP, sila hubungi hotline di talian 03-8922 4848 atau layari www.isinar.kwsp.gov.my



Post a Comment

0 Comments