TERKINI

6/recent/ticker-posts

Permohonan IPG PISMP ~ Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM

 

Kepada lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru inilah peluang anda! Anda boleh memohon di portal rasmi bagi kemasukan PISMP 2021.

Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan perkara yang anda perlu ketahui sebelum memohon.

Untuk pengetahuan anda, permohonan IPG lepasan SPM bagi tahun 2018, 2019 & 2020 ini akan mula dibuka 15 Mac sehingga 15 April 2021. Ada tempoh dalam masa sebulan untuk memohon, jangan lepaskan peluang ini!


PENGENALAN PISMP

Kepada pelajar yang layak perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebanyak dua semester selama setahun di mana-mana IPG yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Setelah pemohon lulus dan diberikan sijil tamat PISMP akan ditawarkan bagi mengikuti pengjian PISMP seterusnya selama 4 tahun di man-mana IPG yang telah ditetapkan.

PPISMP dan PISMP akan dilakukan secara
  • Mod Sepenuh Masa
Bagi pelajar PISMP, anda akan menerima elaun sebanyak RM430 serta yuran pengjian berjumlah RM 27,831 yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama empat tahun.

SYARAT KEMASUKAN IPG

Ada beberapa syarat yang anda perlu semak sebelum membuat permohonan, antaranya ialah:
  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun semasa membuat permohonan 
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Memperolehi gred cemerlang dalam 5 mata pelajaran di peringkat SPM
  • Mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran berikut iaitu:
         - Bahasa Melayu,
         - Sejarah,
         - Lulus Bahasa Inggeris,
         - Lulus satu subjek lain
  • Perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan
Calon perlu ingat bahawa bidang yang akan ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidkan (BPPDP), KPM.

TATACARA PERMOHONAN PISMP


  • Pada setiap tahun, perkara mengenai kemasukan ke program ini akan disiarkan dalam akhbar.
  • Namun, permohonan PISMP boleh dilakukan menerusi laman web rasmi KPM secara aats talian (online) di www.moe.gov.my
  • Hanya SATU permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pemohon. Permohonan  yang tidak lengkap atau diisi dengan maklumat palsu tidak akan diterima.
  • Calon akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).
  • Surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh terus melayari laman rasmi PISMP 2021 iaitu di: 

Pemohon perlu memohon UPU secara online, anda perlu membuat pembelian no pin UPU sebelum mengemukakan permohonan di mana-mana UPU. Anda juga digalakkan untuk membuka akaun bank seperti Maybank2u atau iRakyat bagi kegunaan masa depan.

BIDANG PENGKHUSUSAN IPG 2021

Antara bidang yang ditawarkan ialah:

Sekolah Kebangsaan(SK)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban 
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidkan Islam
  • Matematikl
  • Sains
  • Pendidkan Khas
  • Bahasa Arab 
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidkan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling 
Manakala anda boleh baca di sini bagi bidang pengkhususan PISMP untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Semoga semua pemohon layak dan berjaya dalam permohonan. Semoga berjaya diucapkan!



Post a Comment

0 Comments